Tuesday, February 28, 2006

Happy Birthday Dear Babah

27/02/2006 - Happy Birthday to my darling hubby,Mr. Irwansafarizal.

On your birthday and everyday,
I love you
for your caring and sharing ways,
You fill my life with colors,
and give me a reason to smile
always...

Honey, wishing you a day
that's just as wonderful
as you make all of mine!

Happy Birthday Honey !!!


Love,
sayang.

Tuesday, February 21, 2006

Tagged by Ummi Indah & Miss Moon (Ooo..tembak aku yer)

Dah le baru berjinak-jinak ngan dunia blogging ni..dah kena tembak pulak. Tak pakai baju kalis peluru.

4 kerja penah aku buat sepanjang hidupku
1.Praktikal kat Cosmopoint
Doing my practical with Fatin, Fini & Jijah at Cosmopoint KL.Best sebab ramai member.Kena buat accounting system.Sorang-sorang lak tu buat system tu. Ada org beli ke tak aaaa sistem aku tuh...Hahahaha.

2. Tukang iron baju abang pian
Baru lepas habis degree. Boring giler kat rumah. My sister in law selalu hantar baju hubby dia ke kedai jer. Dia memang malas nak iron baju. Kerja lain dia rajin. So, aku pun offer ler diri sendiri untuk iron baju-baju kerja abg aku. Sehelai RM1.Boleh beli prepaid untuk gayut ngan cik abang.

3.TM Multimedia
Telekom panggey keja ngan diorang. Masa lapor diri, siap boleh pilih position mana nak. Aku siap tanya, kerja apa senang? Programming-programming tak nak. Pening. Cita-cita dulu nak jadi accountant bertauliah, tapi silap pilih course lak. Kalau tak kan best jadi akauntan.

4.TM Net Sdn Bhd
Hahaha..tempat kerja yang sama cuma nama company je lain. TM Multimedia dah jadi TM Net. Subsidiary of Telekom. Saje nak cukupkan 4. Ahaks..

4 cerita yang aku boleh tengok berulang-ulang kali
1.Barney & Friends
Cerita Mia. Setiap pagi sabtu and ahad ataupun hari cuti, aku tidak jemu-jemu untuk menatap wajah dinasour ungu ini. Teman mia tengok.

2.Citer P.Ramlee
Citer-citer P. Ramlee yang lawak-lawak je. Macam pendekar bujang lapuk, labu-labi, 3 Abdul and etc. Yang sedih-sedih tu boring.

3.Kuch-kuch Ho Ta Hai
Aku suka citer niiiiiiiiiii...

4.Harry Potter
Sume Harry Potter nye citer. Buku baca, wayang tengok,vcd tengok, dvd tengok, HBO pun leh tengok lagi.

4 tempat yang pernah didiami.
1.Taiping
Tempat paling best.Dah la hujan selalu tapi tak penah banjir. Ni la tempat lahir, tempat membesar, bersekolah dan jumpa cik abang.

2.Kuantan
Lepas SPM dapat offer America Associate Degree. Masuk MARA, Kuantan dulu. Best jugak Kuantan cuma MARA tu yang tak best. Hostel tak best betul. Tak selesa. Tapi member-member best. 1 week je kat sini lepas tu cabut.

3.Melaka
Keluar dari MARA, Kuantan masuk Unitele, Melaka. Terkubur la nak study kat US. Gawat lagi pun masa tu. Nasib masuk Unitele. Sebab dapat scholar la. Abang-abang amik dari Kuantan transfer ke Melaka.

4.Kuala Lumpur
Lepas arwah abah takde, abang sulung amik mak tinggal ngan dia. Kat Bukit Tunku, rumah berhantu.kekekkek..rumah jurutera tnb sebenarnya.Lepas tu, Sentul, rumah abg no 2, lepas tu Bangi, rumah dah kawin..kekeke...

4 tempat yang pernah dilawati
1. Pulau Kapas
Pergi masa MTP. Lawa betul beach dia.Tapi banyak obor-obor. Ramai yang kena gigit.

2.Pulau Tioman
Honeymoon trip. Pergi naik berjaya flight and stay in Berjaya Hotel. Best woiii..snorkeling, jungle trekking, naik donkey, makan seafood and jalan-jalan tepi pantai sambil pegang tangan...ecehhhh...hahahaha

3.Langkawi
Jalan-jalan makan angin with hubby's family. Balik Langkawi, pregnant...Ooopss..

4.Penang
Pergi semata-mata nak makan char kuew teow tepi pantai. Mujur tak tsunami..nauzubillahh..

4 makanan kegemaranku
1.Tempe - Suka la sesangat tempe ni. Sedap bangat..menu tetiap hari di bus stand.
2.Ayam masak lemak cili api
3.Spaghetti - Sendiri masak jer suka. Hahahaha..kes perasan la ni.
4. Soto Kak Ernie - Soto kak ipar (gambar kat atas tu). Boleh makan berapa kali pun takpe.

4 website yang dilihat setiap hari
1. Google - Dah jadi Home. Everytime bukak browser, misti la muka google kuar dulu. :D
2. Mama Mia's Diaries - Best la site ni. Korang pun kena tengok gak tetiap hari. :P
3. All the blogs in my bookmarks.
4. Tmnetmall - Verify credit card approval.

4 tempat yang ingin aku berada di ketika ini
1. Home sweet home with hubby...kwang..kwang..kwang..
2. Japan
3. Sydney or Goldcoast, Australia
4. Pulau Tioman

4 mangsa tembakan
Tembak Mia bole? Hehehehe...

Monday, February 20, 2006

Are u feeling like this???

My dear friend,Fatin,forwarded this video to me.Macam Afif tapi bukan :D




Siapa buat anak dia camni? Tak patut betul.Hehehehe...by the way, sakit perut aku gelak.

Hot ! Hot !

Aduhh...kepanasan melanda tm complex tingkat 3. Kenapa misti hanya ting 3. Dari masuk office tadi econ tidak berfungsi. Sungguh aku tidak paham, mengapa misti tingkat 3.Dan sungguh tidak paham mengapa bluehyppo dept tingkat 3 econ ada. Sungguh tidak adil.TIDAK ADILLLLLL!!!!

Saturday, February 18, 2006

Thursday, February 16, 2006

Mia Sara New Ticker

Birth Control: Choosing a method that's right for you

Hi friends, this is my topic for today.Birth Control. Penting kan untuk mereka yang ingin menjarakkan anak bagi tujuan kesihatan dan juga kebahagiaan rumah tangga. Kita bukannya tak nak baby, tak nak keluarga yang besar cuma zaman sekarang ni ramai yang sedar kepentingan merancang keluarga supaya dapat memberikan kehidupan dan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak dan juga untuk menjaga kesihatan wanita. Kalau lepas bersalinkan anak, badan dah second hand jadinya. Nak recover pun makan masa yang lama. Kadang2 tu belum sihat sepenuhnya, ter accident plak.Tapi kalau dah apply birth control, tp terpregnant, tu kira rezeki Allah nak kasi la kan.

So let see, what kind of birth control is right for you?

Ada dua jenis kaedah merancang keluarga; perancangan kekal dan sementara. Perancangan kekal atau pemandulan boleh dilakukan ke atas lelaki atau perempuan. Jika dilakukan ke atas lelaki, ia dipanggil vasektomi, iaitu memotong saluran vas deferens yang menghubungkan kilang air mani dengan testis. Pembedahan sama dilakukan ke atas wanita, iaitu dengan mengikat tiub fallopia - tempat berlakunya persenyawaan sperma dan telur.Bagaimanapun, kaedah ini hanya disarankan kepada wanita yang mempunyai penyakit yang menjadi lebih teruk akibat kehamilan seperti sakit jantung, kencing manis atau darah tinggi. Malah, kaedah mengikat tiub fallopia menggunakan klip atau ‘ring’ juga sesuai bagi wanita yang berisiko tinggi mendapat komplikasi kehamilan dan kelahiran yang boleh menjejaskan nyawa ibu seperti tumpah darah, wanita yang melahirkan anak secara pembedahan caesarian sebanyak empat atau lima kali.

Kaedah perancangan keluarga sementara lebih sesuai digunakan untuk menjarakkan kehamilan, sama ada menggunakan:

1. Pil
Ada dua jenis pil perancang iaitu kombinasi (yang mengandungi hormon estrogen dan progestin) atau pil progestin. Kaedah ini efektif dan kesannya boleh berbalik, iaitu kesuburan kembali seperti asal apabila pengambilan pil dihentikan dan ia sesuai untuk semua peringkat umur.

Penggunaan pil perancang juga dikatakan mampu mencegah barah ovari dan endometrium; anemia, senggugut, haid yang tidak teratur dan jarang menimbulkan kesan sampingan. Kelemahannya, ia perlu diambil setiap hari.

2.
Alat dalam rahim
Penggunaan alat dalam rahim (IUD) di mana alat akan dimasukkan ke dalam uterus (rahim) melalui vagina bagi menghalang kemasukan sperma ke dalam rahim. Kaedah ini efektif dan tiada kesan ke atas ibu yang menyusukan anak.

Wanita yang mengamalkan cara ini mungkin berasa tidak selesa selepas IUD dimasukkan, mengalami haid lebih banyak dan lama, terutama dalam tiga bulan pertama.

IUD yang paling lazim berbentuk T dibuat daripada kuprum. Ia selamat, tidak mengganggu hubungan seks, tidak perlu mengambil ubat tambahan dan mampu menghalang kehamilan selama tiga tahun.

Selepas tempoh ini, IUD perlu dikeluarkan dan ditukar jika tidak mahu mengandung. Bagaimanapun, IUD tidak mampu menghalang jangkitan penyakit kelamin dan langkah keselamatan tambahan perlu diambil jika anda mengamalkan hubungan seksual yang aktif.

3.
Suntikan
Suntikan hormon progestin yang perlu diambil setiap tiga bulan disahkan berkesan, sesuai bagi semua peringkat umur, membantu menghalang barah ovari dan endometrium.

4.
Penggunaan kondom
Macam tak best. Hahaha..

5.
Implan
Kaedah terbaru yang lebih digemari adalah implan hormon yang hanya perlu ditanam di tengah lengan. Rod plastik sepanjang empat sentimeter itu mengandungi hormon progestin yang akan dikeluarkan secara beransur-ansur untuk menghalang pengeluaran telur dan sperma daripada memasuki rahim.

Kaedah ini sesuai bagi mereka yang tidak mahu mengambil pil kerana kaedah perancangan secara pil sebenarnya leceh atau menggunakan IUD dan ia sesuai untuk semua peringkat umur. Ia memberi perlindungan 99.9 peratus selama tiga tahun kerana selepas tempoh ini keupayaannya menurun dan perlu ditukar. Harga dalam Rm500.


6. Menyusukan anak dan
penentuan waktu kesuburan
Menyusukan anak hanya selamat untuk 6 bulan pertama. Kalau nak natural planning kena pandai tahu waktu subur bila.Masa subur tu elakkan la sex atau pun pakai kondom ke. Waktu subur ni adalah hari ke 12 atau ke 14 period. Tengok cycle brapa hari la.Start hari ke 12 sampai hari ke 20 tu pakai la barrier.Kalau rajin, amik temperature kita. Kat farmasi ada jual.Termometor khas utk untuk tentukan waktu subur. RM30++ kot.Setiap page lepas bangun tido, terus amik temp.Pastu catat la kat graph. Kalau tetiba suhu badan naik mendadak, tu hari subur la.


7. Withdrawal
Not effective.
When a man tries to pull out before ejaculating ("coming"), he usually leaves behind a small amount of fluid that leaks from the penis during sex. This fluid has enough sperm in it to cause pregnancy.

8. Ada satu cara yang confirm tak kan terpregnant punya is not to have sex at all. Soh hubby puasa 2 tahun.Mau gile kot. Hahahaha..

Wednesday, February 15, 2006

So comelsssss....

Comel kan..comel kan..tapi misti jenuh nak jaga tu. Poket kering kontang la. ahakss..





Can I put salt in my baby's food?

Question: Can I put salt in my baby's food?

Answer: You should not add salt to your baby's food in the first year as this may damage her kidneys. In the first six months of life your baby needs less than 1g of salt per day, which she will usually obtain from breastmilk or formula milk. Between seven and 12 months this increases slightly to around 1g. Toddlers aged one to three years need less than 2g.

To stay within these recommendations you should aim to:

limit salty foods in your baby's diet

don't add salt during cooking and at the table.

limit processed foods, such as ready meals, pies, biscuits, crackers, soups, gravies, sauces, pizza, tinned vegetables, cheese, bacon and crisps, which are all very high in salt, and offer low-salt alternatives.

Those foods made specifically for babies, such as jar foods and infant cereals, have a low salt content, as salt is not added during processing. These should not be confused with foods aimed at older children. These can be highly processed and have a high salt content and are not therefore suitable for your baby.

If you do choose to offer your baby or toddler high-salt foods, it is recommended that you only offer small amounts occasionally.

By law salt has to be labelled on all manufactured foods unless they are exempt from labelling such as goods bought from a delicatessen or bakery, where they are sold loose. Salt is usually labelled as sodium on food labels: 1g of sodium is equivalent to 2.55g of salt. Read food labels carefully and aim to choose those foods with a sodium content of no more than 0.1g of sodium per 100g.

Suitable low-salt foods for your baby include fruit, vegetables and salad, plain meat, poultry and fish, eggs, pulses and milk. Whether they are fresh, tinned or frozen shouldn't make a difference as long as they have no added salt (tinned vegetables often have salt added so be especially careful to check these). Rice and dried pastas are also low in salt provided they have had no salt added during cooking. Make a habit of reading food labels, and you will soon get to know which are the most suitable foods to buy.

For Mia, it is a big "NO NO" to add salt in her porridge. To make Mia's porridge more tasty, I usually add potato, carrot, veg or fish only. Kalau kita rasa memang tak sedap kan, tawar semacam jerk. Tapi Mia habis jer satu mangkuk. Hehehe..


Tuesday, February 14, 2006

Mia Sara, 9-month-old development

Today, Mia is 9 months old.Afif pun.Afif, baby of Fatin. Mia and Afif share the same birth date.Bila dah masuk 9 bulan ni macam-macam skill la dah belajar.

1. Belajar berjalan
At this age, Mia takde la boleh berjalan lagi. Tapi semalam dia tiba2 berdiri untuk beberapa saat.Mama yg menjerit excited.Mia sampai terkejut terus jatuh terduduk.Hahaha..

Sekarang ni Mia gian naik tangga.Pantang terlepas, mesti menuju ke tangga. Dia dah berjaya la naik tangga tu sampai ke atas.Besides that she loves to move around the house sambil pegang furniture. She also manage to bend her knees and knows how to sit after standing.

2. Playing
Mia suka main blocks. Actually mega blocks tu toy Misha, Emil, Dina & Adam kalau datang rumah.Semenjak bebudak tu main blocks depan Mia, Mia suka plak. Hari-hari Mia akan punggah block-block tu. Ada sekali tu sampai frust-frust sebab dia tak leh nak join the block together.If she is holding something on her hand and suddenly we take away from her, dia jerit ler.Ada sekali tu, babah dia sorok kan hp bawah bantal.Dia siap cari tu. Bila dah jumpa. Dia yang sorok balik hp tu.Hahahaha..soh babah dia cari pulak kot.kekekeke...

Mia dah pandai tepuk tangan. Kalau mama nyanyi 'If u happy and u know u clap your hands', nanti dia tepuk la. Kalau tok mak lak, 'tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu'. Dia tepuk sambil goyang-goyang badan.

Mia suka sangat la main suis lampu/kipas. Kalau mama tanya " where is the fan" terus cari fan kat atas siling.Kalau main suis, dia akan tengok, lampu ke yang nyala or kipas ker yg berpusing. hahaaha..best betul main ngan Mia.

Lagi satu Mia suka main bola. Bila kita roll the ball to her, she will rolls the ball back to you.

3.Bercakap
So far, yang kuar dari mulut dia "ma ma ma" and " ba ba ba".Kalau time nak susu atau terjaga malam, Mia akan sebut "ma ma ma". Yang lain tu "ba ba ba" je la.

4.Makan/minum
Mia dah pandai makan biskut sendiri.Duduk kan dia dalam walker, kasi pegang biskut..habis la dia makan. Tapi mmg messy la.Bab minum, mia dah pandai minum pakai sippy cup and dah pandai minum guna straw.So boleh la mama cepat-cepat buang botol.kekekeke..

Mama nak hantar Mia ke nursery la. Boleh jumpa ramai kawan.Happy 9 months old dear Mia Sara.

Murah tapi BEST!!

Hey guys!! Ada sesiapa yang berminat nak cuba diapers jenama Maman, Ichiban, USA and Hello Kitty??



Atas dari kiri ke kanan : Maman (Animal), Maman Velcro Tape, USA Pull UP
Bawah dari kiri ke kanan : Maman (sunflower), Maman (Bear), USA

Maman & Hello Kitty guna Magic Tape like Huggies.

MAMAN / HELLO KITTY / USA - setiap pek ada 80 kpg

S80 = RM 32.00 (JENAMA USA SHJ ADA SAIZ INI)
M80 = RM 34.00
L80 = RM 35.00
XL80 = RM 37.00

USA PULL UP PANTS - setiap pek ada 40 kpg

M40 = RM 26.00
L40 = RM 27.00
XL40 = RM 29.00



ICHIBAN - setiap pek ada 80 kpg

S80 = RM 32.00
M80 = RM 33.00
L80 = RM 34.00
XL80 = RM 36.00
XXL80 = RM 38.00

Sesiapa nak cuba bole call/sms applepie 013-3973699

Thursday, February 09, 2006

Marilah bergoyang..

Uncle Pian manage to capture a video of Mia Sara dancing with babah's hp playing Numa Numa songs. Misha and Emil pun sibuk aje join Mia.


Potty training

Potty training atau pun toilet training adalah satu proses di mana anda mengajar anak anda supaya menggunakan tandas untuk "wee wee" dan "uk..uk" dan tidak lagi bergantung kepada diapers.

Potty training is usually done to a child between the ages 2 and 4.It may take up to 3 months. Dalam masa tu, anda akan bertungkus lumus untuk membersihkan wee wee anak anda di sekitar rumah. Lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai anak lelaki. Akan terpancut la ke sana sini. Hehehehe..It is important for you to be patient and supportive.

Selalunya anak akan wee wee selepas 1 jam mereka minum air dgn byk and have a bowel movement once a day, usually within an hour after eating. Facial expression anak anda akan tiba-tiba berubah bila dia rasa nak ter "wee wee" atau nak "uk uk".Your child may stop any activity he/she is engaged in bila dia terasa nak ke toilet. Mia kalau nak uk uk, tiba-tiba jer misti diam, pehtu buat muka pelik and then lepas dah habis project, baru sambung balik aktiviti dia.Kadang-kadang dengar bunyi "uhh..uhh..", pehtu merah je muka. Lepas tu bau harum semerbak.Hahahaha..

Ok, mari kita lihat tips for toilet training :

1. Toilet training usually occurs when a child is 18 to 24 months of age. However, it is not uncommon untuk anak anda yang berumur 2 tahun lebih ke 3 tahun yang masih menggunakan khidmat lampin pakai buang.

2. Anak anda telah bersedia utk toilet training bila dia boleh merasakan ketidakselesaan apabila basah ataupun dia dah boleh bagi tau yang dia terasa nak wee wee.

3. Ajak anak anda ke toilet bersama-sama anda ketika anda ke toilet and make your child feel comfortable in the bathroom.

4. Sebelum ajar anak ke bathroom, place a potty chair in your child's play area so that your child become familiar with the potty.

5. Place your child on the potty chair whenever he/she signals the need to go to the bathroom.

6. Stay with your child when he/she is on the potty chair.

7. Puji-puji sikit anak anda bila dia berjaya wee wee di toilet tapi jangan marah anak anda kalau dia teraccident wee wee di tempat lain.

8. Banyakkan bersabar. hehehehe...

Tak sabar rasanya nak ajar mia. Nak train mia sekarang, i think she is not ready yet. But, I've heard,chinese people train their child as early as 3 months old. How aaa???

Wednesday, February 08, 2006

Lets change your browser to Mozilla

Kawan-kawan, mari kita tukar browser kita to Mozilla Firefox. Reasons :

1. Cepat, laju, pantas.
2. Block viruses,spyware,worms and popup ads.
3. Senang nak install.
4. Boleh import favourite dari browser lama.
5. Ada tabbed browsing.
6. Better than IE.
7. Best, best, best....

Download here, http://www.mozilla.com/firefox/

Tuesday, February 07, 2006

Peek-A-Boo

A stunning close-up of Mia Sara

Rabbits, rabbits everywhere!!

Last Saturday, babah decided to go to bukit tinggi. Mama pun packed la barang barang Mia.Lepas zohor kami pun keluar dari rumah. Just 1 hour drive from Bangi, kami pun tiba ke destinasi. Bukit Tinggi covers 16,000 acres of rugged hills and mountains crowned with lush tropical rainforests. At 2,700 - 3,500 feet above sea level, the air is cool, fresh and rejuvenating.

When we reached the gate to Colmar Tropicale, we were asked to pay RM16 per person.

Babah : Alamak syg, i'm running out of cash. Abang lupa kuarkan duit lebih. Tadi dah bubuh minyak kete.
Me: Jab..rasa cam tak cukup jerk.Aahh..tak cukup la.ada rm20 jer.

Kitorang pun korek la duit-duit yang ada dalam kereta tu. Kira2 shot rm1.50. Hahaha..takkan nak mintak pinjam kat orang kot. Lawak jerk.

Me: Cuba tanya, dia accept credit card tak. Hahahaha..

Hubby pun gi tanya tapi tak accept,hehehehe.

Babah: Alahhh..tak leh la masuk.ATM pun takde sini.
Me: Jom kita cari ATM kat hotel dekat2 sini.

We asked the people around there, where is the ATM machine. Unfortunately, the nearest ATM is in Bentong. Hahahaha..jauh tu. Takpe la..nanti kita datang lagi. Bukan jauh pun. Suddenly, we saw a rabbit park sign board. The entrance fee is RM3 per person. Hahahaha..we have enough money to enter the rabbit park.I'm sure Mia will love it.















The rabbits were very friendly. People loved to cuddle and feed them. Rabbits are everywhere!!

Monday, February 06, 2006

Alamanda..here we come

Lepas pegi PD hari tu, esoknya pulak bawak mia jenjalan Alamanda pulak tengok fountain. My hubby lately tak boleh duduk rumah pulak, asyik nak berjalan jer. Good for me.Hahaha..

















Mia begitu asyik tengok fountain tuh.Kusyuk.Dia memang suka air. Kalau time mandi pun, tak nak kuar dari bath tub. Tengah best best layan fountain, tiba-tiba hujan turun. Terus lari bawak Mia masuk Parkson.

Dalam parkson, Mia berdating ngan teddy bears. Hehehehe..

















Friday, February 03, 2006

Kristal



Lagu ini ditujukan khas buat rakan kristalku, GEBU.

Mesti komited pada pelanggan
dan berusaha sehabis upaya
tunjukkan kesefahaman tinggi
berfikiran terbuka sepanjang masa
Jujur, ikhlas dan dipercayai
pada rakan, teman dan semua
amalkan hormat menghormati
bekerja penuh dengan dedikasi

Korus:
Mari kita melangkah bersatu
sajikanlah perkhidmatan bermutu
merempuh segala cabaran
pasti kita unggul selalu

TM terus maju jaya
di bawah kepimpinan berwibawa
dan dengan kesefaham waja
TM kebanggaan negara

Korus:
Mari kita melangkah bersatu
sajikanlah perkhidmatan bermutu
merempuh segala cabaran
pasti kita unggul
pasti kita unggul selalu

Thursday, February 02, 2006

Jom Jalan-Jalan


On CNY holiday, we decided to go to PD.Bawak mia jalan-jalan beach. Keluar tol bangi terus jam. Huh!! boring jerk.Instead keluar ikut tol PD, kami exit Seremban je sebab tak larat nak tempuh jam. Ikut jalan lama la ke PD. Ok jugak sebab aman jer. Tak banyak kereta. Mia pulak bila dah dapat "susu mama" dia tido je la sepanjang jalan.Ada apa la ek dalam susu mama ni ...hehehe..kalau dapat misti tidur punya lah.

Finally, sampai juga kami di pantai port dickson.Pantai tu ramai jugak orang.Tapi malangnya, tak la bersih seperti pantai-pantai yang pernah kami pergi sebelum ni.Mia suka tengok orang aje la.Bila dia nampak je budak-budak sebaya dia atau budak-budak yang umur 3, 4 tahun, mula la panggil. Hey!Hey! Hey!. Bagus la kalau anak mama ni friendly. :)


Tengok la Mia tu, dia tak leh nak bukak mata sebab angin kuat. Ni first time mama bagi Mia pakai hat. Tapi Mia good girl.Mia tak tarik pun topi tu. tapi kalau mama bagi Mia pakai hair band, terus tarik.Kenapa yer Mia?Tak suka yer sayang?

Petang tu, babah bukak kasut Mia and bagi Mia main pasir. Waaa...suka betul anak mama yer.First time pegang pasir.Tapi bila babah bawak pegi dekat ombak,mula-mula tu punyala excited, tapi bila tiba-tiba ombak kuat pukul kaki dia, terus cuak. Maybe Mia rasa ombak tu nak ambik kaki dia.Hehehe..

Lepas je trajedi ombak kuat pukul kaki Mia tu, dia terus tak nak turun dah. Nak dukung jer. Macam fobia la pulak.Tengok Mia cam dah boring jek, kami pun berangkat la pulang. Dalam perjalanan balik tu, mama ajak babah singgah Jusco Seremban2. Wahhhh...besar betul jusco tu. Banyak betul barang baby.Mama nak belikan Mia baju tapi babah tak bagi.Katanya, dah banyak betul baju Mia.Takde rezeki Mia la hari tu nak dapat baju baru.Takpe, nanti kalau mama shopping dengan member-member mama, babah takde, boleh la mama belikan Mia baju baru. :P Tanduk keluar dari tudung.Hahaha..

Kami makan di Old Town Kopitiam yang ada dalam Jusco tu.Lepas tu shooping barang dapur sikit and dalam pukul 930pm kami pun berangkat la pulang ke Bangi.

Wednesday, February 01, 2006

Lets eat with Mia Sara

Mia Sara now is 8 months old.She started her solid food around 6 months. Lets see what mia sara eat.


Breakfast
Breastmilk/Enfapro A+ Formula(4oz).
Nestle Brown Rice cereal/Rice with vegetables cereal/Wheat with honey cereal/Oatmeal with applesauce and banana.
Yogurt.










Lunch
Breastmilk/Enfapro A+ Formula (4oz).
Rice with Chicken/Fish/Meat + Carrot/Spinach/Potato.
Orange juice/apple juice/pear juice.










Dinner
Breastmilk/Enfapro A+ Formula (4oz).
Gerber Sweet Potatoes/Carrot/Pears.










Snacks

Breastmilk.
Rusk/Teething Biscuits.
Plain water.










With a little help from mama/babah/tok mak/auntie nor(mia's nanny), mia start drinking from a sippy cup since 6 months ++. Good girl.