Monday, December 07, 2009

Oh.. i love breastfeeding..

Due on 10 January 2009. I cant wait to start pumping and breastfeeding. yehaaaa!!!

Wednesday, March 11, 2009

Sara loves puzzle

Aktiviti di rumah ketika muka dipenuhi chicken pox. Hasil jangkitan mama.










Mama, i'm done.

Cawan Oh Cawan

Adakah aku berdosa besar kerana lupa untuk membasuh cawan milik seorang insan yang aku anggap seperti kakak ku sendiri.

Bukan aku sengaja tidak membasuhnya. Aku lupa.

Mengapa dia perlu memberitahu org lain supaya menyuruh aku membasuh cawan miliknya.

Setelah cawan itu dibasuh oleh kawan yg amat prihatin , mengapa dia tidak percaya cawan itu sudah dibasuh.

Dan cawan itu terpaksa dibasuh untuk kedua kalinya oleh ku.

Aku tak marah, kalau aku diberitahu. Tidak perlu ada org ketiga untuk menyuruh aku membasuh cawan itu.

Bukan dia tidak biasa dgn aku. Sudah hampir 8 thn aku mengenalinya. Berkongsi suka dan duka. Segala masalah dikongsi bersama.

Dan hanya kerana sebiji cawan, kami tidak lagi seperti dulu.

Mungkin hanya aku yg anggap dia seperti kakakku sendiri tapi tidak dia.

Erm...biarlah keadaan yg menentukan segalanya. Kata lah apa nak kata.

Aku tetap bahagia.

Wednesday, January 07, 2009

Yeay..Pak Su ada isteri comel..

26/12/2008, the one n only adik lelakiku dinikahkah dgn pasangannya Firdawati aka Fiza. Orang taiping juge...hehehe..senang balik kg.

eceh..eceh..pengantin baru. semoga bahagia ke akhir hayat. aminnnnnn...

Tuesday, December 30, 2008

Hari Malang Si Comel

Nadra jatuh dari katil minggu lepas. Ini lah hasilnya.



Mama balik dr keje, tengok2 terus berjurai air mata. uwaaaaa...bukan muka nadra dah jadinya. selepas 3 hari, baru ok.



Dah happy dah si comel ini. Alhamdulillah...

Wednesday, November 05, 2008

Doa untuk anak-anakku



” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezkinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan.

Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh dan soleha, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”

Amin ya rabbal ‘Alamin

p/s: Please click on the image for a better view. Sorry for the Sara's selipar buruk. Her favorite selipar. Huh!

Monday, October 20, 2008

7 Mths Nadra

Sungguh la lama tak update blog. Mama mia amat la busy ngan project yg tak habis-habis sampai sekarang. Presenting our lovely Nadra. Dah 7 bulan dah si kecik ni. Ramai peminat lak tu. hehehehe...jenuh nak jaga. ahaks...Manja teramat la sangat ngan mama. Mujur kakak Mia cool jerk. I'll update this blog later ok.





Tuesday, July 01, 2008

Mia Sara The Adventurous

Dah nak dekat sebulan Mia duduk ngan tok mak kat rumah. Sejak dia demam viral hari tu, mama tak hantar Mia pegi school. Sbb ramai sgt budak demam tak school. Ada yg sampai admitted. Lepas baik demam, dia mula kluar tanduk ler. Setiap kali mama balik keja, tok mak akan update. Antara aktiviti Mia masa ketiadaan mama and time tok mak masak ke kat bawah ialah :

1. Mandi
Mia akan amik swimming pool dia. Bukak air paip, isi dlm pool. Mia amik baby bath, tekan sampai nak habis satu botol buat bubble. Then, dia akan amik barney, rabbit, Ely ( Elephant) mandi sama-sama. Kalau ada towel tersangkut habis sume basah. Selagi tok mak tak naik atas, selagi tu dia mandi. Ada skali tu, dia tutup pintu bilik air, siap kunci. Jenuh la tok mak merayu bukak pintu. Takut kan dia dgn lizard ke, lipas ke. Dia buat tak tau jerkkk...huh. Bikin hati risau. Nanti dh puas mandi, dia kuar sendiri, lap badan sendiri, pilih baju sendiri, pakai sendiri. Sume nak wat sendiri. Kdg2 siang2 pakai baju tido. Ikut suka dia la nak pakai apa.

2. Minum susu
Mia mintak susu kat tok mak. Dari bawah nak naik atas tu, Mia akan titiskan susu dia kat setiap anak tangga. Habis melekit tangga2. Dah sampai atas, baru baring depan tv sambil minum susu ngan selamba nya. Tok mak la dok lap anak tangga tu. Satu pukulan akan singgah di bontot mia. Huh!! naughty gal.

3. Melukis/Mewarna
Mama beli set warna utk Mia and drawing paper utk dia conteng2. Mama balik dr keje, tgk krayon dah di patah-patah kan. Tinggal kaler pencil je sbb kuat nk dipatahkan. Itu je selamat. Kertas plak habis di ronyok2, konon2 berlakon lukis tak jadi, and then baling ke blakang. Ikut dlm barney, buat poem tak jadi, ronyok kertas, baling. Rumah tak tau nak cakap la kat ruang atas tu.

4. Makan biskut
Mia akan mintak tok mak letakkan biskut dlm tupperware kecik. Dia akan mkn bila nak la. Ada sekali tu, tok m ak letak byk gak. Tgk2 dah habis. Eh laju nya budak ni mkn. Tanya dia, dia makan ke. Dia cakap, Sara tak suka la biskut tu. Sara buang dalam toilet. Rupanya, dia buang sume biskut tiger/chipsmore dalam toilet and then flush. Grrrrrrrrr...

5. Angkat Tepon
Pantang tepon bunyi, mia akan angkat. Selalu tok tepeng la call dia. Kalau org lain, dia akan pok pek pok pek dulu, baru dia kasi kat tok mak. Kalau tok mak tgh solat ke, dia bgtau la kat org yg call tu. eheheheh...helooooo.

5. Tidoooo
Bila dah letih, baru dia tidoooooooooooooooo...

Tok mak cakap, Nadra je la tinggal ngan tok mak. Mia sara hantar gi school balik. Kekekekekeke..Bila Mia takde, tok mak plak sunyi.