Monday, July 31, 2006

Please vote for me!!! :)

Dear aunties/uncles,

My name is Mia Sara. I'm 14 mths old. My mama had sent my picture to Babystar Contest. All my friends cannot vote for me because the parents did not give their permission to touch the computer.Uwaaaaa......I'm so sad.

So, I wish that all mama's friend can help me to win this contest by voting me at http://www.kindergartenmalaysia.com/en/Default.asp?Page=608

Search for picture No 20. Vote only once ok. The picture is a bit blur coz my dear babah take my picture using his handphone. Huh! I wish my babah has SLR. The voting will start tomorrow until 31st August. Enjoy voting.....and TQ. muahs..muahs..muahs..(flying kiss)



Love,
Mia Sara.

Thursday, July 06, 2006

Calculate your BMI

En Yana dari HR datang untuk kira BMI setiap pekerja. Siapa yang rasa diri overweight tu nyorok bawah meja. Terkekeh-kekeh kitorang gelak. Gebu siap bawak lari penimbang berat En Yana. Dia imagine diri dia gemuk sangat la tu. Jom kita kira BMI masing-masing.

BMI = [ Weight/(Height x Height) ] x 10 000

Weight in kg. and height in cm.

BMI Categories:

  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5-24.9
  • Overweight = 25-29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater
Yey !! My BMI is 19.1.Berat ideal tu. Jangan jeles yer cik gebu. :P. To Puan Mariza Azman, makan banyak-banyak yer. Pregnant 7 bulan pun boleh underweight lagi kaaaa????

Wednesday, July 05, 2006

Home Sweet Home

Tahun ini kami berdua bertekad untuk membeli rumah. Setelah bertahun mencari rumah, tapi tidak satu pun memikat hati. Bila jumpa rumah yg cantik tapi township tak best.Yang semua cukup tapi tak mampu pulak, harga mahal sangat. Yang penting sekali adalah dekat dengan masjid ataupun surau. Sebab nanti mak tak boring. Boleh beraktiviti kalau dekat dgn surau macam rumah sewa sekarang. Jenuh kami memujuk tuan rumah sewa sekarang untuk menjual rumahnya kepada kami. Tapi jawapan darinya tetap sama. "Tiada perancangan untuk menjual rumah itu sekarang,"ulang Encik Jailani berkali-kali. Huh...sampai bila mahu menunggu En Jailani menukar fikirannya. Harga rumah makin hari makin naik. Tidak mampu dimiliki nanti.

Antara rumah-rumah yang berjaya memasuki list kami adalah di sekitar bandar baru bangi dan puchong. Bandar Baru Bangi seksyen 3 tanah lombong pulak. Sama jugak macam rumah Putra Impiana, Puchong, pun tanah lombong. Kalau ditambak bertahun-tahun lamanya takpa la jugak. Ini baru je tambak tak sampai 10 tahun dah nak naik rumah. Nanti mula la, rumah mandap la, retak la..aduhhh. Kita ni nak beli rumah sekali je dlm seumur hidup. Lain la kalau tetiba jadi kaya raya..(aminnnnn...) hehehehhe. Last-last nak beli kat bandar baru bangi seksyen 8. Best gak la area tu. Bandar Baru Bangi mmg best. Bila dah tengok rumah contoh, alahai...finishing dia tak kemas betul. Tapi ingat tutup mata aje la. Lepas kitorang tengok rumah contoh tu, my 2nd brother datang la rumah. Kitorg pun story la kat dia nak beli rumah kat situ. Dia cakap, pegi la tengok rumah kat Bandar Seri Putra. Cantik-cantik. Finishing bagus betul. "Huh..jauh la situ", kataku. Si suami dah gelakkan aku sebab dah byk kali dia ajak tengok rumah kat Bandar Seri Putra tu. "Alaaa..jauh sikit takpe la ija, asal rumah selesa, hati pun lega", sambung abg pian ku lagi. Ermmm...

Petang tu terus kami bergegas ke sana. Rumah contohnya cantik betul. Aku tak tengok sangat la interior design dia, aku asyik membelek cara pasang tiles, cara pasang parquet.Siap masuk rumah-rumah yg dah siap dibina semata-mata nak tengok finishing dia. Ermm..menarik. Aku tanya rakan-rakan kerja yang dah beli rumah sekitar itu, ada problem tak dengan tangki ke..dengan wiring ker. Rata-rata berpuas hati dengan developer Bangi Heights under UM Land tu. Bandar Seri Putra tu township concept. So, akan dibina sek ren, sek men, balai bomba, balai polis, masjid disekitar taman tu. Perhentian Komuter pun dalam perbincangan. Erm..jangan janji tinggal janji sudah la. Finally, kami pun beliiii!!!! Alhamdulillah...syukur.


Project Name: D'Sentral Terrace 6B (24'x70')
Township: Bandar Seri Putra
City : Bangi
State : Selangor
Tenure : Freehold
Layout : 2017 sq. ft.
Est. Completed date : July 2007


Yang ini layout/floor plan rumah.Aku suka sebab dapur tertutup. Orang datang rumah tak nampak dapur terus bila masuk. Kena simpan duit la mulai sekarang. Banyak gile nak pakai duit kalau nak masuk rumah baru ni. So, kena stop shopping benda tak penting. Mia takde baju baru, and takde toys baru dah la yer. Hehehe..bole ke mama stop tak beli untuk Mia ni???? :P

Tuesday, July 04, 2006

Naughty Mia Sara

Mintak tolong Fatin amikkan 'surat wasiat' dr Telekom Malaysia. Sebab malas betul nak pegi menara tm tu. Jam dan parking susah betul. So, malam semalam, bawak mia sara and babah pegi rumah fatin dalam pukul 9pm. Afif (hero Fatin) tak tido lagi. Masuk je dalam rumah Fatin, Mia dah aim Afif punya toys. Mia dgn selamba buat macam toys sendiri. Tak malu betul anak mama. Mia naik kereta Afif. Bila Afif dtg dekat, dia tarik tangan Afif. Afif terjatuh. Afif nangis. Mia masa tu muka pucat jugak tengok Afif nangis. Mama marah mia sebab buat Afif. Mia nak kiss Afif kononnya nak say sorry la. Afif terus tak nak kawan dengan Mia. Sorry yer mama Afif sebab Mia naughty semalam.

I'm a good girl la mama. Sorry Afif. Mia tak buat lagi, ok.