Tuesday, March 06, 2007

6 Weird Things About Me..

I've been tagged by Miera & Mai. Ermmmmmmmmmmmmmmmm...ape ek.

Ok..ok..6 weird things about me :-

1. Aku ni suka dan cepat betul risau. Selalu fikir yg bukan-bukan. Kalau setiap kali hubby pegi kerja, 30 minit lepas tu misti akan call dia. Tanya dah sampai ke belum. Risau naik motor tu. Kalau time merajuk ke ngan hubby, risau-risau jugak. Tapi buat missed call je. Dia angkat, dah dgr suara dia, terus letak. Tu time merajuk la. Hahaha..

2. Paling menyampah kalau orang moody ni. Kadang-kadang, bukan kita ada salah dengan dia. Tetiba tak bercakap. Buat muka seposen. Memang tak leh tahan punya. Mood kita pun terus spoil nanti. Setengah org boleh buat tak tau je dekat org mcm ni.

3. Kalau nak beli barang yang terbekenan di hati, punya la berhari-hari pikir. Kadang-kadang bila dah betul-betul nak beli, dah habis. Padan muka aku. :P

4. Sebelum tido misti kena gosok gigi, basuh muka dan kaki. Kalau tak memang tak boleh lena.

5. Tak suka pakai cermin mata walau pun diri sebenarnya rabun. Sanggup berabun. Contact lense tetiba jadi sensitif plak kat mata. So sesiapa yg nampak Ija tapi Ija buat tak tau jer...maknanya ija tak nampak la tuh.

6. Kalau tido malam, tetiba terjaga, misti bersin tak berhenti-henti. Kalau tak terjaga malam, tak bersin la pulak.

7. Eh..6 jer kan.. hahahahaha...

Okey miera and mai. Ija dah buat dah.

Nasib Seekor Toyol

Namaku toyol. Aku adalah seorang makhluk berkepala botak dan amat menakutkan. Kerja aku adalah mencuri wang dari manusia atas arahan tuanku.

Jika tuan aku inginkan wang, dia akan mengarahkan aku mencuri di rumah jiran sekampung ataupun jiran kampung sebelah. Biasanya, aku tak curi kesemua wang. Aku hanya mencuri sebahagian sahaja. Kesian lak aku tengok mangsa aku kalau aku ambil semua. Mereka nak makan apa nanti kan. So, aku ambil sedikit je la.

Dengan berkat ketekunan aku mencuri, tuan aku akan hidup kaya raya dan dilimpahi wang yang banyak. Tuan aku hanya perlu berikan sedikit darah dari ibu jari kakinya sahaja. Tak lebih dari itu.

Tapi itu dulu. Sekarang, kerja aku bukan lagi mencuri wang. Aku sendiri pun tak tahu apa job skop aku sekarang. Nak kata mencuri wang, tuan aku tak pernahpun suruh aku mencuri wang seperti dulu lagi. Nak kata suruh merasuk orang, pun sama. Aku tak pernah pun disuruh rasuk ataupun takutkan budak-budak yang balik dari mengaji. Tuan aku seperti tidak menghiraukan aku lagi. Tapi aku tau, dia masih perlukan aku seperti dulu. Bezanya....



Aku kini hanyalah digunakan jika tuan aku nak buat call awek die je. Aku kena ikut kemana dia pergi, tak kira dalam lrt ke, dalam jamban ke, dalam lif ke.. semuanya aku kena ikut hatta kedalam hutan sekalipun. Jika aku dulu diberi minum darah, kini aku hanya diberi kad topup sahaja. uhuk uhuk uhuk... apa la nasibku sebagai seekor toyol kuning.