Thursday, February 16, 2006

Birth Control: Choosing a method that's right for you

Hi friends, this is my topic for today.Birth Control. Penting kan untuk mereka yang ingin menjarakkan anak bagi tujuan kesihatan dan juga kebahagiaan rumah tangga. Kita bukannya tak nak baby, tak nak keluarga yang besar cuma zaman sekarang ni ramai yang sedar kepentingan merancang keluarga supaya dapat memberikan kehidupan dan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak dan juga untuk menjaga kesihatan wanita. Kalau lepas bersalinkan anak, badan dah second hand jadinya. Nak recover pun makan masa yang lama. Kadang2 tu belum sihat sepenuhnya, ter accident plak.Tapi kalau dah apply birth control, tp terpregnant, tu kira rezeki Allah nak kasi la kan.

So let see, what kind of birth control is right for you?

Ada dua jenis kaedah merancang keluarga; perancangan kekal dan sementara. Perancangan kekal atau pemandulan boleh dilakukan ke atas lelaki atau perempuan. Jika dilakukan ke atas lelaki, ia dipanggil vasektomi, iaitu memotong saluran vas deferens yang menghubungkan kilang air mani dengan testis. Pembedahan sama dilakukan ke atas wanita, iaitu dengan mengikat tiub fallopia - tempat berlakunya persenyawaan sperma dan telur.Bagaimanapun, kaedah ini hanya disarankan kepada wanita yang mempunyai penyakit yang menjadi lebih teruk akibat kehamilan seperti sakit jantung, kencing manis atau darah tinggi. Malah, kaedah mengikat tiub fallopia menggunakan klip atau ‘ring’ juga sesuai bagi wanita yang berisiko tinggi mendapat komplikasi kehamilan dan kelahiran yang boleh menjejaskan nyawa ibu seperti tumpah darah, wanita yang melahirkan anak secara pembedahan caesarian sebanyak empat atau lima kali.

Kaedah perancangan keluarga sementara lebih sesuai digunakan untuk menjarakkan kehamilan, sama ada menggunakan:

1. Pil
Ada dua jenis pil perancang iaitu kombinasi (yang mengandungi hormon estrogen dan progestin) atau pil progestin. Kaedah ini efektif dan kesannya boleh berbalik, iaitu kesuburan kembali seperti asal apabila pengambilan pil dihentikan dan ia sesuai untuk semua peringkat umur.

Penggunaan pil perancang juga dikatakan mampu mencegah barah ovari dan endometrium; anemia, senggugut, haid yang tidak teratur dan jarang menimbulkan kesan sampingan. Kelemahannya, ia perlu diambil setiap hari.

2.
Alat dalam rahim
Penggunaan alat dalam rahim (IUD) di mana alat akan dimasukkan ke dalam uterus (rahim) melalui vagina bagi menghalang kemasukan sperma ke dalam rahim. Kaedah ini efektif dan tiada kesan ke atas ibu yang menyusukan anak.

Wanita yang mengamalkan cara ini mungkin berasa tidak selesa selepas IUD dimasukkan, mengalami haid lebih banyak dan lama, terutama dalam tiga bulan pertama.

IUD yang paling lazim berbentuk T dibuat daripada kuprum. Ia selamat, tidak mengganggu hubungan seks, tidak perlu mengambil ubat tambahan dan mampu menghalang kehamilan selama tiga tahun.

Selepas tempoh ini, IUD perlu dikeluarkan dan ditukar jika tidak mahu mengandung. Bagaimanapun, IUD tidak mampu menghalang jangkitan penyakit kelamin dan langkah keselamatan tambahan perlu diambil jika anda mengamalkan hubungan seksual yang aktif.

3.
Suntikan
Suntikan hormon progestin yang perlu diambil setiap tiga bulan disahkan berkesan, sesuai bagi semua peringkat umur, membantu menghalang barah ovari dan endometrium.

4.
Penggunaan kondom
Macam tak best. Hahaha..

5.
Implan
Kaedah terbaru yang lebih digemari adalah implan hormon yang hanya perlu ditanam di tengah lengan. Rod plastik sepanjang empat sentimeter itu mengandungi hormon progestin yang akan dikeluarkan secara beransur-ansur untuk menghalang pengeluaran telur dan sperma daripada memasuki rahim.

Kaedah ini sesuai bagi mereka yang tidak mahu mengambil pil kerana kaedah perancangan secara pil sebenarnya leceh atau menggunakan IUD dan ia sesuai untuk semua peringkat umur. Ia memberi perlindungan 99.9 peratus selama tiga tahun kerana selepas tempoh ini keupayaannya menurun dan perlu ditukar. Harga dalam Rm500.


6. Menyusukan anak dan
penentuan waktu kesuburan
Menyusukan anak hanya selamat untuk 6 bulan pertama. Kalau nak natural planning kena pandai tahu waktu subur bila.Masa subur tu elakkan la sex atau pun pakai kondom ke. Waktu subur ni adalah hari ke 12 atau ke 14 period. Tengok cycle brapa hari la.Start hari ke 12 sampai hari ke 20 tu pakai la barrier.Kalau rajin, amik temperature kita. Kat farmasi ada jual.Termometor khas utk untuk tentukan waktu subur. RM30++ kot.Setiap page lepas bangun tido, terus amik temp.Pastu catat la kat graph. Kalau tetiba suhu badan naik mendadak, tu hari subur la.


7. Withdrawal
Not effective.
When a man tries to pull out before ejaculating ("coming"), he usually leaves behind a small amount of fluid that leaks from the penis during sex. This fluid has enough sperm in it to cause pregnancy.

8. Ada satu cara yang confirm tak kan terpregnant punya is not to have sex at all. Soh hubby puasa 2 tahun.Mau gile kot. Hahahaha..

4 comments:

ila de cute said...

so ija amek yang mana satu??? hhhehheh...

Mama Mia said...

rahsia...hahahahah

nadya.s said...

hhmm..good tips la. pembelajaran dan information yg bagus...utk anak2 dara yg bakal berumahtangga ..hahah

aku blom ada plan nak kawen lagi,tapi kalau ada rezeki kawen,...nak la ber'suka-ria' dulu sblom buat baby kan..hehehhee

Mama Mia said...

nad,
kalau gitu ko amik withdrawal ek..hahahaha..