Tuesday, April 25, 2006

Our 2nd Anniversary


16th April 2006


Honey, Love is more than just walking into each other's life It's about walking together in the same direction Thanks honey For being there always! Happy Anniversary to us!

Friday, March 31, 2006

Tatih..tatih..tatih..

Mia dah berjaya berjalan. Ada la dalam 5 steps.Yey!! I'm so excited. Hehehehe..after this mama can find you a shoe. Dah jumpa kasut untuk mia tu, dah lama mama ushar cuma mama tunggu mia jalan je and tunggu kalau-kalau ada sale kat situ.

Sekarang ni pulak mia ni naik tangga tak macam dulu dah. Ish ish ish..naik tangga pegang besi tangga jer..tak pakai lutut dah. I'm thinking of buying a safety gate. Tapi kesian pulak mia nanti, tak leh main tangga.

Dah 10 bulan ni, makin bijak ye anak-anak ni. Mia dah paham apa mama and babah cakap. Kalau suruh dia simpan toys dia ke, nanti dia kutip la semua block-block dia. Tapi ikut mood la jugak. Kalau malas tu, dia buat tak tau jer. Kalau tanya dia Mia, where is your tongue? nanti terjulur je lidah dia tunjuk kat kita. Kalau tanya where is your nose?, dia buat cam selsema. Heheheh...best je layan kerenah anak ni.

Time makan dah sibuk nak makan sendiri. Lepas ni mama ajar makan sendiri yer. Mesti messy. Tapi takpe.Bak kata pepatah, let your kids, be kids.

Wednesday, March 29, 2006

Watakakakakaka...

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa la shopping, buat habis duit jer.."

*************************************************************
Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"

************************************************************
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."

***********************************************************
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."

**********************************************************
Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."

*********************************************************
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "awak ni memang pemalas.."

Monday, March 27, 2006

Pity Babah...isk..isk..isk

Babah had a high fever last night. 40 Darjah Celcius. Panas betul badan babah. Brought babah to Hospital Pakar An Nur. Admitted for 3 hours. Doktor kasi drip sebab badan dah dehydrated.Kesian babah. Sesekali demam, teruk betul. Rasa-rasanya, ni la first time babah demam.Tapi mujur bukan denggi. Itu la...keje kuat sangat. Berhari-hari asyik membelai server-server di Data Center paling besar kat Malaysia ni..huh!! Pegang Mia pun tak sempat dah. Nasib Mia ada mama and tok mak. Mia pun macam paham jer babah sakit. Dia tak kacau pun babah dia tido. Kalau tak, jangan harap Mia nak biarkan babah dia tido. Tiba-tiba je nanti telapak tangan dia singgah kat pipi babah. Hehehehe..

By the way, doctor gave MC for 2 days to babah.Kalau tak baik lagi..sambung lagi MC. Camna dengan Data Center CBJ2??? Pandai-pandai la ek..

Monday, March 20, 2006

Me and My Shadow




Hahaahaha...Mama..mama.She is afraid of her own shadow.By the way, dah try main shadow dengan Mia. Dia siap pijak-pijak lagi shadow dia. Hahahaha..shadow mama pun Mia pijak sekali. Ish..ish..ish..tak leh la nak masuk Malaysian Home Video kalau ada. hehehe..

Thursday, March 16, 2006

I love this shoes



Where can I get this shoes for Mia. Huk huk..so cute....The price is $26.00. Expensive nyer nak letak kat kaki..but so cuteeeeeee....

Monday, March 13, 2006

Easy Expression Bustier

Description

A lifesaver for busy moms, this ingenious product allows you to pump without having to hold the collection bottles in place. You can read, write, talk on the phone, tend to your baby, and even work on the computer. Easy to wear and use, the zip-front, strapless design works with most breast pumps.

Features

Securely holds collection bottles (not included)
Soft, comfortable cotton/Lycra blend
Strapless design
Can be worn with or without a nursing bra
Zip-front closure
Plush, wide placket pads the zipper
Machine washable
Available in small (32-34), medium (34-36), large (38-40), and extra-large (42-44)

Price

$28.86

Ish....bestnyerr. Kat Malaysia ada ker aaa? Ada senang betul. Nanti sume para mama and mommies fully breastfeed. Tak yah nak pegang breast pump. Relax jerk. Sambil pumping leh tengok tv, boleh baca-baca blog kat computer, macam-macam leh buat. Tengok-tengok dah penuh jer susu dalam botol. Bestnye product ni.

Thursday, March 09, 2006

The AVENT ISIS iQ UNO

The AVENT ISIS iQ UNO™ Handheld Electronic Breast Pump

Avent ISIS iQ UNO offers all the benefits associated with the AVENT manual breast pump plus all the benefits of an “iQ” – an electronic “memory”.

You establish the pumping rhythm that is right for you and then at the touch of a button, the pump quietly takes over and continues your exact pumping rhythm.

Uniquely Avent ISIS iQ UNO is light enough to go wherever you go and can be battery or mains powered.

Use Avent ISIS iQ UNO with:

* AVENT Feeding Bottle
* AVENT VIA
* AVENT Magic Cup.

UNO allows you to express fast and effortlessly to help you breast feed for as long as both you and your baby want.

Doctors recommend breast milk as the ideal nutrition for the baby’s first year, supplemented with solid food after 6 months.

Available for £85.00 ---> MAHAL SIOT!!! Para abah, papa, daddy to-be, sila la keluarkan duit untuk isteri anda yang tercinta. Hehehe...

Tuesday, March 07, 2006

Mia, where is your teeth?

Mia sprout her first teeth when she was 6 months of age. Mia got her new teeth in this order:
1. Gigi 2 bawah
2. Gigi 2 atas
3. Gigi 2 atas sebelah gigi arnab. Hehehehe..

Masa first time gigi nak tumbuh tu, demam la jugak. Lepas tu semua orang dia nak gigit. Yang jadi mangsa mama la. Sakit betul gigit nenen. Bila mama jerit sakit, dia gelak pulak. Adoii laaa.

Ngeeeeeehehehe!!!!!

Nampak tak gigi mia? Ada 6.

Monday, March 06, 2006

Friday, March 03, 2006

Keh..Keh..Keh..

Kes 1

Perompak : Sebelum aku bunuh kau, aku kena tahu apa nama orang yang aku bunuh.Apa nama kau hah??
Isteri : Nama aku Aisyah.
Perompak :
Nama kau Aisyah. Aku tak boleh bunuh kau sebab nama kau sama dengan nama
ibu ku.Haa..kau pulak apa nama?
Suami :
Nama aku Irwan tapi orang panggil aku Aisyah.

Kes 2

Makcik jual kuih:
Nak beli kuih apa?
Makcik beli kuih : Bagi saya cucur udang RM2.
Makcik jual kuih:
Nah.
Makcik beli kuih : Aik, apsal takde udang pun. Nama cucur udang.
Makcik jual kuih:
Erm..kalau awak beli cucur badak, ada awak nampak badak kat situ?

Thursday, March 02, 2006

Tuesday, February 28, 2006

Happy Birthday Dear Babah

27/02/2006 - Happy Birthday to my darling hubby,Mr. Irwansafarizal.

On your birthday and everyday,
I love you
for your caring and sharing ways,
You fill my life with colors,
and give me a reason to smile
always...

Honey, wishing you a day
that's just as wonderful
as you make all of mine!

Happy Birthday Honey !!!


Love,
sayang.

Tuesday, February 21, 2006

Tagged by Ummi Indah & Miss Moon (Ooo..tembak aku yer)

Dah le baru berjinak-jinak ngan dunia blogging ni..dah kena tembak pulak. Tak pakai baju kalis peluru.

4 kerja penah aku buat sepanjang hidupku
1.Praktikal kat Cosmopoint
Doing my practical with Fatin, Fini & Jijah at Cosmopoint KL.Best sebab ramai member.Kena buat accounting system.Sorang-sorang lak tu buat system tu. Ada org beli ke tak aaaa sistem aku tuh...Hahahaha.

2. Tukang iron baju abang pian
Baru lepas habis degree. Boring giler kat rumah. My sister in law selalu hantar baju hubby dia ke kedai jer. Dia memang malas nak iron baju. Kerja lain dia rajin. So, aku pun offer ler diri sendiri untuk iron baju-baju kerja abg aku. Sehelai RM1.Boleh beli prepaid untuk gayut ngan cik abang.

3.TM Multimedia
Telekom panggey keja ngan diorang. Masa lapor diri, siap boleh pilih position mana nak. Aku siap tanya, kerja apa senang? Programming-programming tak nak. Pening. Cita-cita dulu nak jadi accountant bertauliah, tapi silap pilih course lak. Kalau tak kan best jadi akauntan.

4.TM Net Sdn Bhd
Hahaha..tempat kerja yang sama cuma nama company je lain. TM Multimedia dah jadi TM Net. Subsidiary of Telekom. Saje nak cukupkan 4. Ahaks..

4 cerita yang aku boleh tengok berulang-ulang kali
1.Barney & Friends
Cerita Mia. Setiap pagi sabtu and ahad ataupun hari cuti, aku tidak jemu-jemu untuk menatap wajah dinasour ungu ini. Teman mia tengok.

2.Citer P.Ramlee
Citer-citer P. Ramlee yang lawak-lawak je. Macam pendekar bujang lapuk, labu-labi, 3 Abdul and etc. Yang sedih-sedih tu boring.

3.Kuch-kuch Ho Ta Hai
Aku suka citer niiiiiiiiiii...

4.Harry Potter
Sume Harry Potter nye citer. Buku baca, wayang tengok,vcd tengok, dvd tengok, HBO pun leh tengok lagi.

4 tempat yang pernah didiami.
1.Taiping
Tempat paling best.Dah la hujan selalu tapi tak penah banjir. Ni la tempat lahir, tempat membesar, bersekolah dan jumpa cik abang.

2.Kuantan
Lepas SPM dapat offer America Associate Degree. Masuk MARA, Kuantan dulu. Best jugak Kuantan cuma MARA tu yang tak best. Hostel tak best betul. Tak selesa. Tapi member-member best. 1 week je kat sini lepas tu cabut.

3.Melaka
Keluar dari MARA, Kuantan masuk Unitele, Melaka. Terkubur la nak study kat US. Gawat lagi pun masa tu. Nasib masuk Unitele. Sebab dapat scholar la. Abang-abang amik dari Kuantan transfer ke Melaka.

4.Kuala Lumpur
Lepas arwah abah takde, abang sulung amik mak tinggal ngan dia. Kat Bukit Tunku, rumah berhantu.kekekkek..rumah jurutera tnb sebenarnya.Lepas tu, Sentul, rumah abg no 2, lepas tu Bangi, rumah dah kawin..kekeke...

4 tempat yang pernah dilawati
1. Pulau Kapas
Pergi masa MTP. Lawa betul beach dia.Tapi banyak obor-obor. Ramai yang kena gigit.

2.Pulau Tioman
Honeymoon trip. Pergi naik berjaya flight and stay in Berjaya Hotel. Best woiii..snorkeling, jungle trekking, naik donkey, makan seafood and jalan-jalan tepi pantai sambil pegang tangan...ecehhhh...hahahaha

3.Langkawi
Jalan-jalan makan angin with hubby's family. Balik Langkawi, pregnant...Ooopss..

4.Penang
Pergi semata-mata nak makan char kuew teow tepi pantai. Mujur tak tsunami..nauzubillahh..

4 makanan kegemaranku
1.Tempe - Suka la sesangat tempe ni. Sedap bangat..menu tetiap hari di bus stand.
2.Ayam masak lemak cili api
3.Spaghetti - Sendiri masak jer suka. Hahahaha..kes perasan la ni.
4. Soto Kak Ernie - Soto kak ipar (gambar kat atas tu). Boleh makan berapa kali pun takpe.

4 website yang dilihat setiap hari
1. Google - Dah jadi Home. Everytime bukak browser, misti la muka google kuar dulu. :D
2. Mama Mia's Diaries - Best la site ni. Korang pun kena tengok gak tetiap hari. :P
3. All the blogs in my bookmarks.
4. Tmnetmall - Verify credit card approval.

4 tempat yang ingin aku berada di ketika ini
1. Home sweet home with hubby...kwang..kwang..kwang..
2. Japan
3. Sydney or Goldcoast, Australia
4. Pulau Tioman

4 mangsa tembakan
Tembak Mia bole? Hehehehe...

Monday, February 20, 2006

Are u feeling like this???

My dear friend,Fatin,forwarded this video to me.Macam Afif tapi bukan :D




Siapa buat anak dia camni? Tak patut betul.Hehehehe...by the way, sakit perut aku gelak.

Hot ! Hot !

Aduhh...kepanasan melanda tm complex tingkat 3. Kenapa misti hanya ting 3. Dari masuk office tadi econ tidak berfungsi. Sungguh aku tidak paham, mengapa misti tingkat 3.Dan sungguh tidak paham mengapa bluehyppo dept tingkat 3 econ ada. Sungguh tidak adil.TIDAK ADILLLLLL!!!!

Saturday, February 18, 2006

Duhhh

Boring.Mia tido.Babah on call.(mcm doctor lak babah ni).

Thursday, February 16, 2006

Mia Sara New Ticker

Birth Control: Choosing a method that's right for you

Hi friends, this is my topic for today.Birth Control. Penting kan untuk mereka yang ingin menjarakkan anak bagi tujuan kesihatan dan juga kebahagiaan rumah tangga. Kita bukannya tak nak baby, tak nak keluarga yang besar cuma zaman sekarang ni ramai yang sedar kepentingan merancang keluarga supaya dapat memberikan kehidupan dan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak dan juga untuk menjaga kesihatan wanita. Kalau lepas bersalinkan anak, badan dah second hand jadinya. Nak recover pun makan masa yang lama. Kadang2 tu belum sihat sepenuhnya, ter accident plak.Tapi kalau dah apply birth control, tp terpregnant, tu kira rezeki Allah nak kasi la kan.

So let see, what kind of birth control is right for you?

Ada dua jenis kaedah merancang keluarga; perancangan kekal dan sementara. Perancangan kekal atau pemandulan boleh dilakukan ke atas lelaki atau perempuan. Jika dilakukan ke atas lelaki, ia dipanggil vasektomi, iaitu memotong saluran vas deferens yang menghubungkan kilang air mani dengan testis. Pembedahan sama dilakukan ke atas wanita, iaitu dengan mengikat tiub fallopia - tempat berlakunya persenyawaan sperma dan telur.Bagaimanapun, kaedah ini hanya disarankan kepada wanita yang mempunyai penyakit yang menjadi lebih teruk akibat kehamilan seperti sakit jantung, kencing manis atau darah tinggi. Malah, kaedah mengikat tiub fallopia menggunakan klip atau ‘ring’ juga sesuai bagi wanita yang berisiko tinggi mendapat komplikasi kehamilan dan kelahiran yang boleh menjejaskan nyawa ibu seperti tumpah darah, wanita yang melahirkan anak secara pembedahan caesarian sebanyak empat atau lima kali.

Kaedah perancangan keluarga sementara lebih sesuai digunakan untuk menjarakkan kehamilan, sama ada menggunakan:

1. Pil
Ada dua jenis pil perancang iaitu kombinasi (yang mengandungi hormon estrogen dan progestin) atau pil progestin. Kaedah ini efektif dan kesannya boleh berbalik, iaitu kesuburan kembali seperti asal apabila pengambilan pil dihentikan dan ia sesuai untuk semua peringkat umur.

Penggunaan pil perancang juga dikatakan mampu mencegah barah ovari dan endometrium; anemia, senggugut, haid yang tidak teratur dan jarang menimbulkan kesan sampingan. Kelemahannya, ia perlu diambil setiap hari.

2.
Alat dalam rahim
Penggunaan alat dalam rahim (IUD) di mana alat akan dimasukkan ke dalam uterus (rahim) melalui vagina bagi menghalang kemasukan sperma ke dalam rahim. Kaedah ini efektif dan tiada kesan ke atas ibu yang menyusukan anak.

Wanita yang mengamalkan cara ini mungkin berasa tidak selesa selepas IUD dimasukkan, mengalami haid lebih banyak dan lama, terutama dalam tiga bulan pertama.

IUD yang paling lazim berbentuk T dibuat daripada kuprum. Ia selamat, tidak mengganggu hubungan seks, tidak perlu mengambil ubat tambahan dan mampu menghalang kehamilan selama tiga tahun.

Selepas tempoh ini, IUD perlu dikeluarkan dan ditukar jika tidak mahu mengandung. Bagaimanapun, IUD tidak mampu menghalang jangkitan penyakit kelamin dan langkah keselamatan tambahan perlu diambil jika anda mengamalkan hubungan seksual yang aktif.

3.
Suntikan
Suntikan hormon progestin yang perlu diambil setiap tiga bulan disahkan berkesan, sesuai bagi semua peringkat umur, membantu menghalang barah ovari dan endometrium.

4.
Penggunaan kondom
Macam tak best. Hahaha..

5.
Implan
Kaedah terbaru yang lebih digemari adalah implan hormon yang hanya perlu ditanam di tengah lengan. Rod plastik sepanjang empat sentimeter itu mengandungi hormon progestin yang akan dikeluarkan secara beransur-ansur untuk menghalang pengeluaran telur dan sperma daripada memasuki rahim.

Kaedah ini sesuai bagi mereka yang tidak mahu mengambil pil kerana kaedah perancangan secara pil sebenarnya leceh atau menggunakan IUD dan ia sesuai untuk semua peringkat umur. Ia memberi perlindungan 99.9 peratus selama tiga tahun kerana selepas tempoh ini keupayaannya menurun dan perlu ditukar. Harga dalam Rm500.


6. Menyusukan anak dan
penentuan waktu kesuburan
Menyusukan anak hanya selamat untuk 6 bulan pertama. Kalau nak natural planning kena pandai tahu waktu subur bila.Masa subur tu elakkan la sex atau pun pakai kondom ke. Waktu subur ni adalah hari ke 12 atau ke 14 period. Tengok cycle brapa hari la.Start hari ke 12 sampai hari ke 20 tu pakai la barrier.Kalau rajin, amik temperature kita. Kat farmasi ada jual.Termometor khas utk untuk tentukan waktu subur. RM30++ kot.Setiap page lepas bangun tido, terus amik temp.Pastu catat la kat graph. Kalau tetiba suhu badan naik mendadak, tu hari subur la.


7. Withdrawal
Not effective.
When a man tries to pull out before ejaculating ("coming"), he usually leaves behind a small amount of fluid that leaks from the penis during sex. This fluid has enough sperm in it to cause pregnancy.

8. Ada satu cara yang confirm tak kan terpregnant punya is not to have sex at all. Soh hubby puasa 2 tahun.Mau gile kot. Hahahaha..