Wednesday, March 11, 2009

Sara loves puzzle

Aktiviti di rumah ketika muka dipenuhi chicken pox. Hasil jangkitan mama.










Mama, i'm done.

Cawan Oh Cawan

Adakah aku berdosa besar kerana lupa untuk membasuh cawan milik seorang insan yang aku anggap seperti kakak ku sendiri.

Bukan aku sengaja tidak membasuhnya. Aku lupa.

Mengapa dia perlu memberitahu org lain supaya menyuruh aku membasuh cawan miliknya.

Setelah cawan itu dibasuh oleh kawan yg amat prihatin , mengapa dia tidak percaya cawan itu sudah dibasuh.

Dan cawan itu terpaksa dibasuh untuk kedua kalinya oleh ku.

Aku tak marah, kalau aku diberitahu. Tidak perlu ada org ketiga untuk menyuruh aku membasuh cawan itu.

Bukan dia tidak biasa dgn aku. Sudah hampir 8 thn aku mengenalinya. Berkongsi suka dan duka. Segala masalah dikongsi bersama.

Dan hanya kerana sebiji cawan, kami tidak lagi seperti dulu.

Mungkin hanya aku yg anggap dia seperti kakakku sendiri tapi tidak dia.

Erm...biarlah keadaan yg menentukan segalanya. Kata lah apa nak kata.

Aku tetap bahagia.

Wednesday, January 07, 2009

Yeay..Pak Su ada isteri comel..

26/12/2008, the one n only adik lelakiku dinikahkah dgn pasangannya Firdawati aka Fiza. Orang taiping juge...hehehe..senang balik kg.

eceh..eceh..pengantin baru. semoga bahagia ke akhir hayat. aminnnnnn...

Tuesday, December 30, 2008

Hari Malang Si Comel

Nadra jatuh dari katil minggu lepas. Ini lah hasilnya.



Mama balik dr keje, tengok2 terus berjurai air mata. uwaaaaa...bukan muka nadra dah jadinya. selepas 3 hari, baru ok.



Dah happy dah si comel ini. Alhamdulillah...

Wednesday, November 05, 2008

Doa untuk anak-anakku



” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezkinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan.

Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh dan soleha, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”

Amin ya rabbal ‘Alamin

p/s: Please click on the image for a better view. Sorry for the Sara's selipar buruk. Her favorite selipar. Huh!

Monday, October 20, 2008

7 Mths Nadra

Sungguh la lama tak update blog. Mama mia amat la busy ngan project yg tak habis-habis sampai sekarang. Presenting our lovely Nadra. Dah 7 bulan dah si kecik ni. Ramai peminat lak tu. hehehehe...jenuh nak jaga. ahaks...Manja teramat la sangat ngan mama. Mujur kakak Mia cool jerk. I'll update this blog later ok.





Tuesday, July 01, 2008

Mia Sara The Adventurous

Dah nak dekat sebulan Mia duduk ngan tok mak kat rumah. Sejak dia demam viral hari tu, mama tak hantar Mia pegi school. Sbb ramai sgt budak demam tak school. Ada yg sampai admitted. Lepas baik demam, dia mula kluar tanduk ler. Setiap kali mama balik keja, tok mak akan update. Antara aktiviti Mia masa ketiadaan mama and time tok mak masak ke kat bawah ialah :

1. Mandi
Mia akan amik swimming pool dia. Bukak air paip, isi dlm pool. Mia amik baby bath, tekan sampai nak habis satu botol buat bubble. Then, dia akan amik barney, rabbit, Ely ( Elephant) mandi sama-sama. Kalau ada towel tersangkut habis sume basah. Selagi tok mak tak naik atas, selagi tu dia mandi. Ada skali tu, dia tutup pintu bilik air, siap kunci. Jenuh la tok mak merayu bukak pintu. Takut kan dia dgn lizard ke, lipas ke. Dia buat tak tau jerkkk...huh. Bikin hati risau. Nanti dh puas mandi, dia kuar sendiri, lap badan sendiri, pilih baju sendiri, pakai sendiri. Sume nak wat sendiri. Kdg2 siang2 pakai baju tido. Ikut suka dia la nak pakai apa.

2. Minum susu
Mia mintak susu kat tok mak. Dari bawah nak naik atas tu, Mia akan titiskan susu dia kat setiap anak tangga. Habis melekit tangga2. Dah sampai atas, baru baring depan tv sambil minum susu ngan selamba nya. Tok mak la dok lap anak tangga tu. Satu pukulan akan singgah di bontot mia. Huh!! naughty gal.

3. Melukis/Mewarna
Mama beli set warna utk Mia and drawing paper utk dia conteng2. Mama balik dr keje, tgk krayon dah di patah-patah kan. Tinggal kaler pencil je sbb kuat nk dipatahkan. Itu je selamat. Kertas plak habis di ronyok2, konon2 berlakon lukis tak jadi, and then baling ke blakang. Ikut dlm barney, buat poem tak jadi, ronyok kertas, baling. Rumah tak tau nak cakap la kat ruang atas tu.

4. Makan biskut
Mia akan mintak tok mak letakkan biskut dlm tupperware kecik. Dia akan mkn bila nak la. Ada sekali tu, tok m ak letak byk gak. Tgk2 dah habis. Eh laju nya budak ni mkn. Tanya dia, dia makan ke. Dia cakap, Sara tak suka la biskut tu. Sara buang dalam toilet. Rupanya, dia buang sume biskut tiger/chipsmore dalam toilet and then flush. Grrrrrrrrr...

5. Angkat Tepon
Pantang tepon bunyi, mia akan angkat. Selalu tok tepeng la call dia. Kalau org lain, dia akan pok pek pok pek dulu, baru dia kasi kat tok mak. Kalau tok mak tgh solat ke, dia bgtau la kat org yg call tu. eheheheh...helooooo.

5. Tidoooo
Bila dah letih, baru dia tidoooooooooooooooo...

Tok mak cakap, Nadra je la tinggal ngan tok mak. Mia sara hantar gi school balik. Kekekekekeke..Bila Mia takde, tok mak plak sunyi.

Wednesday, June 11, 2008

Ceritera Susu

Ramai yg tanya camna leh byk susu camtu. Rezeki Allah untuk Nadra. Lepas je bersalinkan Nadra, dan nurse bersih2 kan dia, Nadra terus bf. Masa tu mmg takde susu lagi, cuma air2. Tapi Nadra ni mmg bergayut je. Kalau lepaskan, dia akan jerit sampai satu klinik dengar. Bila balik rumah dalam hari kedua lepas bersalin, time tu takde la bengkak2 lagi breast. Start hari ke 3, dah mula bengkak. Nadra plak tak minum byk. Bila bengkak, amik la tuala ngan air panas, just letak je kat dua2 breast. Time tu mula la susu kuar. Nadra ni kena kuning sikit so dia byk tido. So start la pump susu sbb tak tahan sgt sakitnya. Beranak pun tak sakit cam sakit susu ni. Huh. Memula pump tu dpt dalam 6oz both breast. Memang pump kasi kosong breast. So dlm pantang, Nadra akan minum setiap 2 jam. Lepas je Nadra minum, aku akan pump sampai breast rasa lega. So aku rasa, otak ni dia ingat Nadra minum byk la. So setiap 3 jam, dia akan full balik amount yg Nadra minum + yg dah dipump. So bykkkkkkk...breast mmg berat gilerrrrr. Masa tu mmg tak selesa gile. Badan mmg tak sedap sbb susu byk betul. Pinggang sume sakit sbb bdn kecik susu besar. ahahaha..

Seminggu lepas bersalin, baru nak mengurut. Sbbnya tak jumpa tukang urut. janji nak dtg asyik tak datang. Thanks to my friend Fatin sbb bagi contact no Makcik Tun yg best tu. Makcik tun datang urut lega la sikit. Makcik tun urut gak breast sikit2 utk lancarkan susu. Makcik tun cakap " Adik, murahnya rezeki kamu dik. Susu kamu banyak betul. Kamu pump byk2 simpan". Lepas 4 hari urut. Susu lagi la mencurah-curah. Masa tu pump dah 2 botol besar penuh. 18oz !!!! Bibik tgk pun terpegun. Sampai lembik t*t*k aku dibuatnya. Hahahaha...kadang2 aku buat aiskrim bandung kasi Mia Sara. Kalau kasi susu aku dlm botol, Mia Sara cakap susu dah basi la Mama. Hahaha..aku buat aiskrim bandung dia tak tau la dlm tu ada campur susu aku. Kihkihkihkih..

Dalam pantang, pagi2 akan mkn biskut jacobs cicah milo. Kadang2 makan coco crunch ngan susu. Tgh hari mkn nasi + ikan + sayur sawi/kailan + air masak. Sebelum nak tido malam, minum Bidadari. Kalau minum bidadari ni, malam misti basah bantal2 cadar2. Bau susu je la dlm pantang ni. Hhahaha..tp merana ooo. Tgh2 malam bgn kena pump lepas Nadra minum sbbnya tak tahan sakit tu. Sampai cari cara-cara mengurangkan susu sbb tak tahan asyik bengkak gile. Bubuh kobis la. kurangkan pumping session la. Tapi susu tetap camtu gak. Org ckp, dlm pantang la susu banyak, lepas tu nanti akan kurang sbb kita kerja, tak direct feeding. So susu cepat kurang. Bila baca forum ramai yg takde susu, baru la aku tak pk dah utk kurangkan susu. Dah masuk kije, setiap hari akan pump susu 2 kali. Kul 7am ngan 3pm. So kat opis sekali je la pump sbb mls nak bawak botol byk.

Sebenarnya, aku mmg tak buat apa2 pun utk banyakkan susu. Aku just pump, pump, and pump. Sampai spektra3 aku dah letih, dia mintak cuti sat. So, aku pakai balik manual avent aku yg dh lama berjasa sejak Mia Sara lagi. Spektra3 nk kena gi servis. Suction dia cam tak power. Ada ke aku pump dapat 3 oz je. Hangin aku ngan spektra3 tu. Baru je beli.Mujur ada warranty lagi.

So sekarang ni, aku just buat langkah2 utk memaintainkan susu ku. Time cuti pun aku akan pump jugak even Nadra minum direct. Tapi masalahnya, aku dah takde tempat nak simpan susu..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Sapa ada freezer nak jual ke, cakap aku. Takan la aku nak beli peti ais baru plak.

To fatin:

Ok gak tu fatin kalau pump susu dpt 3-4oz. Cukup utk Auni minum kan. Lepas ni nanti byk lagi tu. Tak sampai sebulan lagi kan. Keep on pumping je. Nanti dpt la 7-8oz plak. CUba cari longan kering, rebus buat air. Gerenti susu mencurah2. Selamat mencuba!

Miera;
Camna? dah try ke longan. Nanti result dia cite kat ija ek. hehehehe..kalau tak larat nak pump soh sutan pump kan... :D