Tuesday, July 01, 2008

Mia Sara The Adventurous

Dah nak dekat sebulan Mia duduk ngan tok mak kat rumah. Sejak dia demam viral hari tu, mama tak hantar Mia pegi school. Sbb ramai sgt budak demam tak school. Ada yg sampai admitted. Lepas baik demam, dia mula kluar tanduk ler. Setiap kali mama balik keja, tok mak akan update. Antara aktiviti Mia masa ketiadaan mama and time tok mak masak ke kat bawah ialah :

1. Mandi
Mia akan amik swimming pool dia. Bukak air paip, isi dlm pool. Mia amik baby bath, tekan sampai nak habis satu botol buat bubble. Then, dia akan amik barney, rabbit, Ely ( Elephant) mandi sama-sama. Kalau ada towel tersangkut habis sume basah. Selagi tok mak tak naik atas, selagi tu dia mandi. Ada skali tu, dia tutup pintu bilik air, siap kunci. Jenuh la tok mak merayu bukak pintu. Takut kan dia dgn lizard ke, lipas ke. Dia buat tak tau jerkkk...huh. Bikin hati risau. Nanti dh puas mandi, dia kuar sendiri, lap badan sendiri, pilih baju sendiri, pakai sendiri. Sume nak wat sendiri. Kdg2 siang2 pakai baju tido. Ikut suka dia la nak pakai apa.

2. Minum susu
Mia mintak susu kat tok mak. Dari bawah nak naik atas tu, Mia akan titiskan susu dia kat setiap anak tangga. Habis melekit tangga2. Dah sampai atas, baru baring depan tv sambil minum susu ngan selamba nya. Tok mak la dok lap anak tangga tu. Satu pukulan akan singgah di bontot mia. Huh!! naughty gal.

3. Melukis/Mewarna
Mama beli set warna utk Mia and drawing paper utk dia conteng2. Mama balik dr keje, tgk krayon dah di patah-patah kan. Tinggal kaler pencil je sbb kuat nk dipatahkan. Itu je selamat. Kertas plak habis di ronyok2, konon2 berlakon lukis tak jadi, and then baling ke blakang. Ikut dlm barney, buat poem tak jadi, ronyok kertas, baling. Rumah tak tau nak cakap la kat ruang atas tu.

4. Makan biskut
Mia akan mintak tok mak letakkan biskut dlm tupperware kecik. Dia akan mkn bila nak la. Ada sekali tu, tok m ak letak byk gak. Tgk2 dah habis. Eh laju nya budak ni mkn. Tanya dia, dia makan ke. Dia cakap, Sara tak suka la biskut tu. Sara buang dalam toilet. Rupanya, dia buang sume biskut tiger/chipsmore dalam toilet and then flush. Grrrrrrrrr...

5. Angkat Tepon
Pantang tepon bunyi, mia akan angkat. Selalu tok tepeng la call dia. Kalau org lain, dia akan pok pek pok pek dulu, baru dia kasi kat tok mak. Kalau tok mak tgh solat ke, dia bgtau la kat org yg call tu. eheheheh...helooooo.

5. Tidoooo
Bila dah letih, baru dia tidoooooooooooooooo...

Tok mak cakap, Nadra je la tinggal ngan tok mak. Mia sara hantar gi school balik. Kekekekekeke..Bila Mia takde, tok mak plak sunyi.

4 comments:

sity29 said...

ehehhe sib baik indah dah siuman :P
zaman kenakalan tahap gaban ni dah setelllllllllllllll
kalau idak umah aku dulu slalu winter!!
indah suka tabur bedakkkkhkk.. abis bilik semua.. ngan dia skali putihh.. sebab nak buat snow angel!!
:))

Miss Moon said...

aduiii hai ....sama la cam prangai isk part mandi tew habih bath gel semer jadi mangsa dia ...sabun pun ada kesan jari jari dia ..tenyeh kat dinding semer . Toys semer masuk dalam bilik mandi yg parah nya siap nak mandi dalam tub adik dia ...madi sampai kecut tangan ...

crayon pun sama ...alahai...penat nak larang kan . Tido pun sama ...kul 10 bateri mak dah weak anak masih fully charges ..main sorang2 la yer

Sity , dia org nih ada zaman zaman jugaks ek . Part bedak tew pun sama cam indah ...hu hu mmg mencabar sungguh ...

erm masa kiter kecik kecik gamaknya cam nih jugaks tak?

sity29 said...

aku tak!!!
aku behaveeeeeeeeeeeeee!!
muahahahhahahaha

sulistyani said...

blognya asyik dan lucu