Tuesday, December 30, 2008

Hari Malang Si Comel

Nadra jatuh dari katil minggu lepas. Ini lah hasilnya.



Mama balik dr keje, tengok2 terus berjurai air mata. uwaaaaa...bukan muka nadra dah jadinya. selepas 3 hari, baru ok.



Dah happy dah si comel ini. Alhamdulillah...

Wednesday, November 05, 2008

Doa untuk anak-anakku



” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezkinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan.

Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh dan soleha, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”

Amin ya rabbal ‘Alamin

p/s: Please click on the image for a better view. Sorry for the Sara's selipar buruk. Her favorite selipar. Huh!

Monday, October 20, 2008

7 Mths Nadra

Sungguh la lama tak update blog. Mama mia amat la busy ngan project yg tak habis-habis sampai sekarang. Presenting our lovely Nadra. Dah 7 bulan dah si kecik ni. Ramai peminat lak tu. hehehehe...jenuh nak jaga. ahaks...Manja teramat la sangat ngan mama. Mujur kakak Mia cool jerk. I'll update this blog later ok.





Tuesday, July 01, 2008

Mia Sara The Adventurous

Dah nak dekat sebulan Mia duduk ngan tok mak kat rumah. Sejak dia demam viral hari tu, mama tak hantar Mia pegi school. Sbb ramai sgt budak demam tak school. Ada yg sampai admitted. Lepas baik demam, dia mula kluar tanduk ler. Setiap kali mama balik keja, tok mak akan update. Antara aktiviti Mia masa ketiadaan mama and time tok mak masak ke kat bawah ialah :

1. Mandi
Mia akan amik swimming pool dia. Bukak air paip, isi dlm pool. Mia amik baby bath, tekan sampai nak habis satu botol buat bubble. Then, dia akan amik barney, rabbit, Ely ( Elephant) mandi sama-sama. Kalau ada towel tersangkut habis sume basah. Selagi tok mak tak naik atas, selagi tu dia mandi. Ada skali tu, dia tutup pintu bilik air, siap kunci. Jenuh la tok mak merayu bukak pintu. Takut kan dia dgn lizard ke, lipas ke. Dia buat tak tau jerkkk...huh. Bikin hati risau. Nanti dh puas mandi, dia kuar sendiri, lap badan sendiri, pilih baju sendiri, pakai sendiri. Sume nak wat sendiri. Kdg2 siang2 pakai baju tido. Ikut suka dia la nak pakai apa.

2. Minum susu
Mia mintak susu kat tok mak. Dari bawah nak naik atas tu, Mia akan titiskan susu dia kat setiap anak tangga. Habis melekit tangga2. Dah sampai atas, baru baring depan tv sambil minum susu ngan selamba nya. Tok mak la dok lap anak tangga tu. Satu pukulan akan singgah di bontot mia. Huh!! naughty gal.

3. Melukis/Mewarna
Mama beli set warna utk Mia and drawing paper utk dia conteng2. Mama balik dr keje, tgk krayon dah di patah-patah kan. Tinggal kaler pencil je sbb kuat nk dipatahkan. Itu je selamat. Kertas plak habis di ronyok2, konon2 berlakon lukis tak jadi, and then baling ke blakang. Ikut dlm barney, buat poem tak jadi, ronyok kertas, baling. Rumah tak tau nak cakap la kat ruang atas tu.

4. Makan biskut
Mia akan mintak tok mak letakkan biskut dlm tupperware kecik. Dia akan mkn bila nak la. Ada sekali tu, tok m ak letak byk gak. Tgk2 dah habis. Eh laju nya budak ni mkn. Tanya dia, dia makan ke. Dia cakap, Sara tak suka la biskut tu. Sara buang dalam toilet. Rupanya, dia buang sume biskut tiger/chipsmore dalam toilet and then flush. Grrrrrrrrr...

5. Angkat Tepon
Pantang tepon bunyi, mia akan angkat. Selalu tok tepeng la call dia. Kalau org lain, dia akan pok pek pok pek dulu, baru dia kasi kat tok mak. Kalau tok mak tgh solat ke, dia bgtau la kat org yg call tu. eheheheh...helooooo.

5. Tidoooo
Bila dah letih, baru dia tidoooooooooooooooo...

Tok mak cakap, Nadra je la tinggal ngan tok mak. Mia sara hantar gi school balik. Kekekekekeke..Bila Mia takde, tok mak plak sunyi.

Wednesday, June 11, 2008

Ceritera Susu

Ramai yg tanya camna leh byk susu camtu. Rezeki Allah untuk Nadra. Lepas je bersalinkan Nadra, dan nurse bersih2 kan dia, Nadra terus bf. Masa tu mmg takde susu lagi, cuma air2. Tapi Nadra ni mmg bergayut je. Kalau lepaskan, dia akan jerit sampai satu klinik dengar. Bila balik rumah dalam hari kedua lepas bersalin, time tu takde la bengkak2 lagi breast. Start hari ke 3, dah mula bengkak. Nadra plak tak minum byk. Bila bengkak, amik la tuala ngan air panas, just letak je kat dua2 breast. Time tu mula la susu kuar. Nadra ni kena kuning sikit so dia byk tido. So start la pump susu sbb tak tahan sgt sakitnya. Beranak pun tak sakit cam sakit susu ni. Huh. Memula pump tu dpt dalam 6oz both breast. Memang pump kasi kosong breast. So dlm pantang, Nadra akan minum setiap 2 jam. Lepas je Nadra minum, aku akan pump sampai breast rasa lega. So aku rasa, otak ni dia ingat Nadra minum byk la. So setiap 3 jam, dia akan full balik amount yg Nadra minum + yg dah dipump. So bykkkkkkk...breast mmg berat gilerrrrr. Masa tu mmg tak selesa gile. Badan mmg tak sedap sbb susu byk betul. Pinggang sume sakit sbb bdn kecik susu besar. ahahaha..

Seminggu lepas bersalin, baru nak mengurut. Sbbnya tak jumpa tukang urut. janji nak dtg asyik tak datang. Thanks to my friend Fatin sbb bagi contact no Makcik Tun yg best tu. Makcik tun datang urut lega la sikit. Makcik tun urut gak breast sikit2 utk lancarkan susu. Makcik tun cakap " Adik, murahnya rezeki kamu dik. Susu kamu banyak betul. Kamu pump byk2 simpan". Lepas 4 hari urut. Susu lagi la mencurah-curah. Masa tu pump dah 2 botol besar penuh. 18oz !!!! Bibik tgk pun terpegun. Sampai lembik t*t*k aku dibuatnya. Hahahaha...kadang2 aku buat aiskrim bandung kasi Mia Sara. Kalau kasi susu aku dlm botol, Mia Sara cakap susu dah basi la Mama. Hahaha..aku buat aiskrim bandung dia tak tau la dlm tu ada campur susu aku. Kihkihkihkih..

Dalam pantang, pagi2 akan mkn biskut jacobs cicah milo. Kadang2 makan coco crunch ngan susu. Tgh hari mkn nasi + ikan + sayur sawi/kailan + air masak. Sebelum nak tido malam, minum Bidadari. Kalau minum bidadari ni, malam misti basah bantal2 cadar2. Bau susu je la dlm pantang ni. Hhahaha..tp merana ooo. Tgh2 malam bgn kena pump lepas Nadra minum sbbnya tak tahan sakit tu. Sampai cari cara-cara mengurangkan susu sbb tak tahan asyik bengkak gile. Bubuh kobis la. kurangkan pumping session la. Tapi susu tetap camtu gak. Org ckp, dlm pantang la susu banyak, lepas tu nanti akan kurang sbb kita kerja, tak direct feeding. So susu cepat kurang. Bila baca forum ramai yg takde susu, baru la aku tak pk dah utk kurangkan susu. Dah masuk kije, setiap hari akan pump susu 2 kali. Kul 7am ngan 3pm. So kat opis sekali je la pump sbb mls nak bawak botol byk.

Sebenarnya, aku mmg tak buat apa2 pun utk banyakkan susu. Aku just pump, pump, and pump. Sampai spektra3 aku dah letih, dia mintak cuti sat. So, aku pakai balik manual avent aku yg dh lama berjasa sejak Mia Sara lagi. Spektra3 nk kena gi servis. Suction dia cam tak power. Ada ke aku pump dapat 3 oz je. Hangin aku ngan spektra3 tu. Baru je beli.Mujur ada warranty lagi.

So sekarang ni, aku just buat langkah2 utk memaintainkan susu ku. Time cuti pun aku akan pump jugak even Nadra minum direct. Tapi masalahnya, aku dah takde tempat nak simpan susu..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Sapa ada freezer nak jual ke, cakap aku. Takan la aku nak beli peti ais baru plak.

To fatin:

Ok gak tu fatin kalau pump susu dpt 3-4oz. Cukup utk Auni minum kan. Lepas ni nanti byk lagi tu. Tak sampai sebulan lagi kan. Keep on pumping je. Nanti dpt la 7-8oz plak. CUba cari longan kering, rebus buat air. Gerenti susu mencurah2. Selamat mencuba!

Miera;
Camna? dah try ke longan. Nanti result dia cite kat ija ek. hehehehe..kalau tak larat nak pump soh sutan pump kan... :D

Saturday, June 07, 2008

Susu Oh Susu



Lihatlah susu hasil dr aktiviti pumpingku selama 3 bulan. Stok sudah cukup utk Nadra fully on EBM atleast 6 months. Peti ais dah penuh. Kalau bukak je freezer, silap langkah, jatuh sume susu. Hahahahaha.. rezeki murah kali ni. Tak yah beli susu formula. Susu formula mahal gile skang untuk budak 1 thn ke bawah. Agak2, boleh tak Nadra EBM sampai 2 tahun. Kuat ke agaknya nak pam susu sampai 2 thn ek. Tapi pump susu ni leh kurus. Tak yah pegi slimming centre. Rasa cam nak beli dedicated freezer utk susu Nadra ni. Kalau dedicated freezer susu tahan sampai 6 bulan. Kalau freezer biasa tu bole tahan 3 bulan. Sehari 2 kali je pump, bole la dpt 30oz. Huhuhu..alhamdulillah. Dulu time Mia Sara, takde la byk cam gini. Ini terlebih-lebih, siap pokok kat rumah pun hidup subur kena siram ngan susu ibu. :D
Semoga anak ke 3 nanti byk susu gak. InsyaAllah...

Thursday, June 05, 2008

Dhia Nadra Irwansafarizal

Presenting to you, Dhia Nadra.


DOB : 04/03/08, 2.29 am.
Venue : Hospital Pakar Annur
Weight : 3.15kg
Blood : O+
Type of delivery : Normal with Vacuum Extraction

Best tul deliverkan Nadra ni. hehehe..tak sakit sbb gatal amik epidural. Sebabnya, doktor nak bagi induce kuat punya kasi cepat bukak sebab Nadra dah sakit perut sampai terberak dalam perut mama. Water bag pecah kat rumah time nak solat maghrib. Tengok2 warna kuning. fuhh..kecut gile. Terus gi hospital la. Sampai je kasi tau nurse suruh inform doktor cecepat sbb takut baby lemas ngan poo poo nya. Nurse selamba je. Geram gile. Midwive check baru bukak 2cm. Tapi mmg tak sakit pun masa tu. Dulu time Mia Sara mmg doktor yg pecahkan waterbag. Anak2 ni lain2 caranya. Sampai hospital kul 8 pm. Nak tau doktor dtg tgk kul brapa??? huh..10.30 pm. Doktor dtg tgk terus cakap..Ohh my goodness, your waterbag warna kuning nih. Baby dah berak ni. Duhh..aku dah inform nurse dah soh ckp kat doc. Dah la CTG machine tu tak cukup. Asyik berkongsi-kongsi. Ramai tul nak beranak malam tu. Doc ckp, if heartbeat baby low, we have to do cesarian. OMG, taknakkkkkkkkkkkkkk. Cek2 tgk heart beat bb ok. Doktor bagi few hours je la kalau bukak lmbt takut bb lemas kat dalam. So, apa lagi, doktor induce le pitocin, aku pun mitak le epidural. So dgn releks nya aku tunggu pelvik tu bukak 10cm. Kul 12am, dok 2cm lagi. Sbbnya pitocin tu cam tak jalan. Huh..tension aku. Byk tul dugaan. Byk dosa kat suami la ni. hehehe.. tp dah mintak ampun dah time nak branak. Lepas baring mengiring ke kiri, sambil chit chat ngan doktor pakar bius, tgk2 dah 10cm. Doktor Fatimah dtg soh try push. Aku gelak je la. Tak sakit camna nk push. Heart beat bb pun dah tak stable time tu. DOktor tak tunggu lama la, terus vacuum sekali, terus kuar Nadra. Kuatnya Nadra ni jerit. huh..Kuar2 dah bersih2, dah qamatkan, terus dia nak susu. Dia latch macam dah experince hisap nenen jerk. Anak2 zaman sekarang. Dah mkn mcm2 jenis vitamin. Tak yah nak ajar, tau je dia nk wat apa. Tapi mmg best la deliver tak sakit. HUHUHUHUHU..