Wednesday, July 05, 2006

Home Sweet Home

Tahun ini kami berdua bertekad untuk membeli rumah. Setelah bertahun mencari rumah, tapi tidak satu pun memikat hati. Bila jumpa rumah yg cantik tapi township tak best.Yang semua cukup tapi tak mampu pulak, harga mahal sangat. Yang penting sekali adalah dekat dengan masjid ataupun surau. Sebab nanti mak tak boring. Boleh beraktiviti kalau dekat dgn surau macam rumah sewa sekarang. Jenuh kami memujuk tuan rumah sewa sekarang untuk menjual rumahnya kepada kami. Tapi jawapan darinya tetap sama. "Tiada perancangan untuk menjual rumah itu sekarang,"ulang Encik Jailani berkali-kali. Huh...sampai bila mahu menunggu En Jailani menukar fikirannya. Harga rumah makin hari makin naik. Tidak mampu dimiliki nanti.

Antara rumah-rumah yang berjaya memasuki list kami adalah di sekitar bandar baru bangi dan puchong. Bandar Baru Bangi seksyen 3 tanah lombong pulak. Sama jugak macam rumah Putra Impiana, Puchong, pun tanah lombong. Kalau ditambak bertahun-tahun lamanya takpa la jugak. Ini baru je tambak tak sampai 10 tahun dah nak naik rumah. Nanti mula la, rumah mandap la, retak la..aduhhh. Kita ni nak beli rumah sekali je dlm seumur hidup. Lain la kalau tetiba jadi kaya raya..(aminnnnn...) hehehehhe. Last-last nak beli kat bandar baru bangi seksyen 8. Best gak la area tu. Bandar Baru Bangi mmg best. Bila dah tengok rumah contoh, alahai...finishing dia tak kemas betul. Tapi ingat tutup mata aje la. Lepas kitorang tengok rumah contoh tu, my 2nd brother datang la rumah. Kitorg pun story la kat dia nak beli rumah kat situ. Dia cakap, pegi la tengok rumah kat Bandar Seri Putra. Cantik-cantik. Finishing bagus betul. "Huh..jauh la situ", kataku. Si suami dah gelakkan aku sebab dah byk kali dia ajak tengok rumah kat Bandar Seri Putra tu. "Alaaa..jauh sikit takpe la ija, asal rumah selesa, hati pun lega", sambung abg pian ku lagi. Ermmm...

Petang tu terus kami bergegas ke sana. Rumah contohnya cantik betul. Aku tak tengok sangat la interior design dia, aku asyik membelek cara pasang tiles, cara pasang parquet.Siap masuk rumah-rumah yg dah siap dibina semata-mata nak tengok finishing dia. Ermm..menarik. Aku tanya rakan-rakan kerja yang dah beli rumah sekitar itu, ada problem tak dengan tangki ke..dengan wiring ker. Rata-rata berpuas hati dengan developer Bangi Heights under UM Land tu. Bandar Seri Putra tu township concept. So, akan dibina sek ren, sek men, balai bomba, balai polis, masjid disekitar taman tu. Perhentian Komuter pun dalam perbincangan. Erm..jangan janji tinggal janji sudah la. Finally, kami pun beliiii!!!! Alhamdulillah...syukur.


Project Name: D'Sentral Terrace 6B (24'x70')
Township: Bandar Seri Putra
City : Bangi
State : Selangor
Tenure : Freehold
Layout : 2017 sq. ft.
Est. Completed date : July 2007


Yang ini layout/floor plan rumah.Aku suka sebab dapur tertutup. Orang datang rumah tak nampak dapur terus bila masuk. Kena simpan duit la mulai sekarang. Banyak gile nak pakai duit kalau nak masuk rumah baru ni. So, kena stop shopping benda tak penting. Mia takde baju baru, and takde toys baru dah la yer. Hehehe..bole ke mama stop tak beli untuk Mia ni???? :P

6 comments:

Lenny said...

heheh... bestnyer dah beli umah baru... tapi part tak beli baju and toys mia tuh.. doubtful.. doubtfull.. susah aku nak caya..!

Feisal said...

Welcome to Bandar Seri Putra. I have an apartment there. Currently thinking to also buy D'Sentral for my first landed property. Maybe we will be neighbours.

happy2gether said...

ehh ija bestnya dah beli umah baru
ek, selesa umah sendirikan.boley la mia ada adik pasni...ehehe...nampak mia jenis yg suka adik, masa dtg umah tu dia okey jek ngan syasya..ehehe...

ila de cute said...

wah bestnya ija dah beli umah baru...ila n poek ni tak mampu lagi le nak beli landed property, insyallah kalau ada rezeki nak jugak...

Anonymous said...

This is very interesting site... »

Anonymous said...

Ya. Saya juga membeli rumah yang sama. Tp yg 26 x 65 nun. Selamat berjiran :)

-off white-