Lihatlah susu hasil dr aktiviti pumpingku selama 3 bulan. Stok sudah cukup utk Nadra fully on EBM atleast 6 months. Peti ais dah penuh. Kalau bukak je freezer, silap langkah, jatuh sume susu. Hahahahaha.. rezeki murah kali ni. Tak yah beli susu formula. Susu formula mahal gile skang untuk budak 1 thn ke bawah. Agak2, boleh tak Nadra EBM sampai 2 tahun. Kuat ke agaknya nak pam susu sampai 2 thn ek. Tapi pump susu ni leh kurus. Tak yah pegi slimming centre. Rasa cam nak beli dedicated freezer utk susu Nadra ni. Kalau dedicated freezer susu tahan sampai 6 bulan. Kalau freezer biasa tu bole tahan 3 bulan. Sehari 2 kali je pump, bole la dpt 30oz. Huhuhu..alhamdulillah. Dulu time Mia Sara, takde la byk cam gini. Ini terlebih-lebih, siap pokok kat rumah pun hidup subur kena siram ngan susu ibu. :D
Semoga anak ke 3 nanti byk susu gak. InsyaAllah...











