Tuesday, March 06, 2007

6 Weird Things About Me..

I've been tagged by Miera & Mai. Ermmmmmmmmmmmmmmmm...ape ek.

Ok..ok..6 weird things about me :-

1. Aku ni suka dan cepat betul risau. Selalu fikir yg bukan-bukan. Kalau setiap kali hubby pegi kerja, 30 minit lepas tu misti akan call dia. Tanya dah sampai ke belum. Risau naik motor tu. Kalau time merajuk ke ngan hubby, risau-risau jugak. Tapi buat missed call je. Dia angkat, dah dgr suara dia, terus letak. Tu time merajuk la. Hahaha..

2. Paling menyampah kalau orang moody ni. Kadang-kadang, bukan kita ada salah dengan dia. Tetiba tak bercakap. Buat muka seposen. Memang tak leh tahan punya. Mood kita pun terus spoil nanti. Setengah org boleh buat tak tau je dekat org mcm ni.

3. Kalau nak beli barang yang terbekenan di hati, punya la berhari-hari pikir. Kadang-kadang bila dah betul-betul nak beli, dah habis. Padan muka aku. :P

4. Sebelum tido misti kena gosok gigi, basuh muka dan kaki. Kalau tak memang tak boleh lena.

5. Tak suka pakai cermin mata walau pun diri sebenarnya rabun. Sanggup berabun. Contact lense tetiba jadi sensitif plak kat mata. So sesiapa yg nampak Ija tapi Ija buat tak tau jer...maknanya ija tak nampak la tuh.

6. Kalau tido malam, tetiba terjaga, misti bersin tak berhenti-henti. Kalau tak terjaga malam, tak bersin la pulak.

7. Eh..6 jer kan.. hahahahaha...

Okey miera and mai. Ija dah buat dah.

Nasib Seekor Toyol

Namaku toyol. Aku adalah seorang makhluk berkepala botak dan amat menakutkan. Kerja aku adalah mencuri wang dari manusia atas arahan tuanku.

Jika tuan aku inginkan wang, dia akan mengarahkan aku mencuri di rumah jiran sekampung ataupun jiran kampung sebelah. Biasanya, aku tak curi kesemua wang. Aku hanya mencuri sebahagian sahaja. Kesian lak aku tengok mangsa aku kalau aku ambil semua. Mereka nak makan apa nanti kan. So, aku ambil sedikit je la.

Dengan berkat ketekunan aku mencuri, tuan aku akan hidup kaya raya dan dilimpahi wang yang banyak. Tuan aku hanya perlu berikan sedikit darah dari ibu jari kakinya sahaja. Tak lebih dari itu.

Tapi itu dulu. Sekarang, kerja aku bukan lagi mencuri wang. Aku sendiri pun tak tahu apa job skop aku sekarang. Nak kata mencuri wang, tuan aku tak pernahpun suruh aku mencuri wang seperti dulu lagi. Nak kata suruh merasuk orang, pun sama. Aku tak pernah pun disuruh rasuk ataupun takutkan budak-budak yang balik dari mengaji. Tuan aku seperti tidak menghiraukan aku lagi. Tapi aku tau, dia masih perlukan aku seperti dulu. Bezanya....



Aku kini hanyalah digunakan jika tuan aku nak buat call awek die je. Aku kena ikut kemana dia pergi, tak kira dalam lrt ke, dalam jamban ke, dalam lif ke.. semuanya aku kena ikut hatta kedalam hutan sekalipun. Jika aku dulu diberi minum darah, kini aku hanya diberi kad topup sahaja. uhuk uhuk uhuk... apa la nasibku sebagai seekor toyol kuning.

Friday, February 16, 2007

Mathematics

ROMANCE MATHEMATICS

Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy


OFFICE ARITHMETIC

Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime

SHOPPING MATH

A man will pay $2 for a $1 item he needs.
A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need.

GENERAL EQUATIONS & STATISTICS

A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.

HAPPINESS

To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.
To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.

LONGEVITY

Married men live longer than single men do, but married men are a lot more willing to die.

PROPENSITY TO CHANGE

A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.
A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.

DISCUSSION TECHNIQUE

A woman has the last word in any argument.
Anything a man says after that is the beginning of a new argument.

HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED

Old aunts used to come up to me at weddings, poking me in the ribs and cackling, telling me, "You're next." They stopped after I started doing the same thing to them at funerals.

Tuesday, January 30, 2007

ABC, 123, Satu Dua Tiga, Buai Laju-Laju




P/s: Gelap sedikit video ni. Susah betul nak amik mood dia. Kalau time kita tak nak record, bukan main lagi dok nyanyi. Time nak record, susah tul.Tak habis la video ni, dropshots ni tak upload sume. ciss..ciss..

Friday, December 22, 2006

I can build up a tower!!

At 19 Months,

1. I can build up a tower.
2. I can wear my pants without help.
3. I can say my name. ' Miya Cara'.
4. I can talk in sentence. Eg : Mama, nak asik (nasik), Nak oti(roti), nak uahh(buah), Nak ipmore (chipsmore).
5. Kalau mama tanya, hari ni Sara buat apa? Nanti dia jawab, ' main nan tatak, main nan yana, main nan alippp.. ( main ngan kakak, main ngan yana, main ngan alif) - Tapi itu aje la jawapan dia setiap kali di tanya. Hehehe..
6. Everytime lepas mandi ke, Mia akan sendiri masukkan baju kotor dia dalam basket, dan buang pampers dlm dustbin.
7. Belajar lipat kain ngan tok mak.
8. Dah kenal A,B dan C.

Mia Sara : yeyyy!! pandaiiii...

Monday, December 18, 2006

Ini dia girlfren abg!!

Kerana dia, aku terpaksa berkongsi kasih. Hahahaha..semoga dia pandai menjaga babah ketika ketiadaanku.



p/s : kalau sesiapa nampak pembonceng selain dari mama mia, pls inform me ASAP!! keh..keh..keh..

Tuesday, December 12, 2006

Abg ada awek???

Baru seminggu abg tukar kerja, dah pasang makwe. Tak sangka babah curang. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Wednesday, November 29, 2006

Jom Soping!!!

Took a leave yesterday just to have fun with gebu & ija. We went to Sogo & Jalan TAR. Keluar rumah dalam kul 9 pagi tu. Singgah ofis ambik Ija kurus and then we headed to gebu's house. Gebu belanja breakfast roti canai garing with kuah dal and teh ais. Dah la masa nak byr tu tak cukup 30 sen. Mamak tu siap kasi diskaun lepas digoda oleh gebu. Hahahaha...

Sampai Sogo dah nak kat kul 11.30. Jam sikit bila dah tgh2 KL tu. Dah la lama tak drive. Aduhh..skill dah kurang. Takpe, lepas ni kena drive tetiap hari sebab babah will move to another company soon.

Dah dalam sogo tu, memula kitorang dok belek2 kasut. Habis semua kasut singgah kat kaki. Tapi beli nya idak. Keh..keh..keh. Kasut siap dah sampai kat tempat kaunter nak byr, alih-alih gebu buat bodo jer lepas tu. Hahahaha...kesian promoter tuh.

Habis kat tempat kasut, kitorang naik tingkat 5 sebab ada sale. Huh..tak best la. Pehtu turun la balik tingkat women's dept. Kat area ni jer 3 jam kitorang dok tawaf. Baju-baju yg tak penah lekat kat badan, kitorang syok-syok try. Dah la fitting room dia besar, tiga-tiga orang masuk sekali. Padahal yang nak try nya sorang je. Yang 2 orang lagi merangkap consultant. Pok pek pok pek dalam fitting room. Sebab tak ramai orang kan, tu yang best tu. Mula-mula cari baju untuk ija(mariza) untuk dinner TM Net nanti. Hasil hasutan aku & gebu, berjaya la dia membeli baju yg berharga 100++. Lepas tu cari untuk gebu lak. Cantik betul dress hitam untuk gebu tu, tapi dia tak nak beli sebab rugi boleh pakai sekali je. Ish, kalau gebu pakai misti bulat mata lelaki-lelaki kabaret kat sini. Hehehe..

After dah jumpa baju memasing, nak pi carik tudung pulak dah. Sebelum tu kitorg lunch dulu kat fish manhattan. Dah la memasing cuti-cuti malaysia, so tak yah solat ler. hehehe..
Lepas lunch dalam kul 430 tu, baru la terkedek-kedek ke Jalan TAR nak carik tudung. Baju aku le paling susah nak jumpa tudung. Kul 530 baru jumpa. Sempat lagi gado ngan mamat pakistan sebab aku tak jadi nak beli tudung dia. Ada sorang kakak ni plak, dah la pregnant tapi sombong nak mampus. Nak berniaga ke tak aku pun tak paham. Meroyan ngan laki kot. Huh..!

Dah penat giler jalan sampai dah terjelepuk si gebu sebab sakit kaki. Bertuah pi pakai heels buat apa. Aku ngan selipar buruk jalan tak hingat lerr. Nak drive balik ngan lemah ni sebab dah jam area tu. So, aku hantar gebu dulu, pehtu antar ija kat RND and terus balik rumah. Sampai rumah si kenit dah menunggu. Mama..mama...atashhh...( nak naik atas ). Dia nak nenen. Lepas tu terus tertido. Boleh la mama ni berehat. hehehehe...

Kawan-kawan, nanti kita buat projek lagi yer. Hehehehe...

Monday, November 20, 2006

Atu...uweee....tigeeeee...


Mia's version of satu sampai sepuluh..

atu
uwee
tigeee
pat
imeee
nam
ujuh
apannn
cecilan
cuculuh

Mia ni kira nak cepat ajer. Kalau nak cepat tu, she will miss number 6 or 7. Hehehehe..

Tuesday, September 26, 2006

Apabila si kecil batuk

Balik dr lumut, Mia demam. Esoknya batuk, lepas tu selsema. Semalam mama kasi susu + madu asli. Malam tadi tido lena. Bye-bye batuk....


p/s: kalau anak batuk, cuba bagi madu asli. InsyaAllah baik batuknya.

Thursday, September 14, 2006

What is this?




What is this?
Answer 1 : Rockk ( FROG )

This one ?
Answer 2 : Terrtell ( TURTLE )

This one?
Answer 3 : Peplle ( APPLE )

This one?
Answer 4 : Bebbit ( RABBIT )

This one ?
Answer 5 : Pisssh ( FISH )

This one?
Answer 6 : Bird ( BIRD )

This one?
Answer 7 : Owl ( OWL )

This one?
Answer 8 : Flyyy ( BUTTERFLY )

This one?
Answer 9 : Bee ( BEE )

This one?
Answer 7 : wolffff ( RACOON ) Dah cakap byk kali racoon tapi dia suka gak cakap wolf sebab mula-mula tersilap cakap wolf. Bila nak betulkan balik Mia takmo dah..Nak wolf jugak. Hehehe..

p/s : Excuse the sexiest diapers.

Tuesday, September 05, 2006

Apabila si kecil mula berbicara

Sambil tertonggek-tonggek, si kecil membebel "Ma..ma, uk!".Mama ternganga sebentar lalu memeriksa diapersnyer. Betul! Dia uk uk la. Satu ciuman kagum singgah di pipinya. How fast my lovely daughter grown up.

Wednesday, August 23, 2006

Mia Sara is 1 year 3 months Old

Mia is growing up fast these days. She start running, dancing,climbing, jumping, talking a little and can eat by herself using fork and spoon. Comel jer tengok dia belajar jumping. Mia suka betul kalau main game pointing-pointing. She loves pointing to different body parts when people ask her to do so.She knows her nose, eyes, ears, mouth,tongue, teeth, hair, feet,stomach and navel(pusat). She also recognize fish, turtle, frog, bee, bird, owl, cat but she always confuse between cat and dog. Semua dog jadi cat.

At 15 months, Mia can count 1 to 3. Lepas 3 mula la merepek-repek, last-last dengar ten..... At this age, Mia already learn to scribble. Dah start menconteng dah. Tapi nasib baik lah, dia conteng kat kertas jer. Dia akan amik pen & kertas sebab kakak Misha dah ajar scribble only on paper. Mama dah beli board pun untuk aktiviti menconteng Mia. Lepas ni bole blaja ABC.

Nowadays, Mia loves to climb on the dinner table instead sitting on her highchair. Mujur tak jatuh hari tu. Rasa cam nak jual jer dinner table sbb tak larat dah nak monitor dia. Hehehehe...
Kalau pegi shopping dia sibuk nak tolak troli. Kalau dia kotorkan rumah, sibuk nak menyapu. Kalau dia tumpahkan air ke, cepat-cepat gi dapur cari kain nak lap. Mak mertua panggey Mia budak canggih. Hahahaha..kelakar jer.



Mama dah tukar susu Mia. Dulu minum Enfagrow A+. Sekarang dah minum Pediasure sebab masa minum Enfagrow, uk uk Mia keras, lepas tu sikit-sikit. Cam tak puas uk uk jer. So, kena tukar diapers byk kali la. Lagi pun Emil cakap susu Mia tak sedap. Sekarang ni dah minum pediasure, rasa badan Mia dah naik sikit. Mama dah tak larat dukung lama-lama.

Mia sekarang ni parrot. Apa org cakap semua dia ikut. Kalau nak aper-aper, dia cakap 'nak tu'.Then dia tunjuk je. So dah senang sikit la skang ni. Dah tau aper dia nak, so kita pun tak tension..dia pun tak tension. Seronok betul anak-anak umur ni.


p/s: Hey budak canggih, mama loves u so much....

Tuesday, August 15, 2006

Makan-makan lagi...

Last Saturday, we had a steamboat near Kg Melayu Subang. My eldest brother belanja. Makan free ajerrr...ehehehehe. SEDAP giler..Kedai ni tak jauh sgt dr Subang Airport.


Mia Sara look so happy when she meets kakak dina. Sama kan muka diorang nih.

Lets count Mia Sara's teeth.

Friday, August 11, 2006

Tengok la budak-budak ni...

Gelagat cousin-cousin Mia lepas makan dia Cozy Corner, Alamanda sempena adikku dapat kerja di Motorola Penang. So, first gaji kena pau la ngan kitorang satu family.

Misha, Dina, Emil & Adam.

Misha memang kaki bergaya and Dina pulak suka bergambar, tapi cita-cita nak jadi chef. Hahahaha..kelakar budak-budak ni.

See, how close they are. Besar-besar nanti jangan buat hal sendiri-sendiri ok.

Peace !!!

Mana Mia Sara????? Jeng..jeng..jeng..

Monday, July 31, 2006

Please vote for me!!! :)

Dear aunties/uncles,

My name is Mia Sara. I'm 14 mths old. My mama had sent my picture to Babystar Contest. All my friends cannot vote for me because the parents did not give their permission to touch the computer.Uwaaaaa......I'm so sad.

So, I wish that all mama's friend can help me to win this contest by voting me at http://www.kindergartenmalaysia.com/en/Default.asp?Page=608

Search for picture No 20. Vote only once ok. The picture is a bit blur coz my dear babah take my picture using his handphone. Huh! I wish my babah has SLR. The voting will start tomorrow until 31st August. Enjoy voting.....and TQ. muahs..muahs..muahs..(flying kiss)



Love,
Mia Sara.

Thursday, July 06, 2006

Calculate your BMI

En Yana dari HR datang untuk kira BMI setiap pekerja. Siapa yang rasa diri overweight tu nyorok bawah meja. Terkekeh-kekeh kitorang gelak. Gebu siap bawak lari penimbang berat En Yana. Dia imagine diri dia gemuk sangat la tu. Jom kita kira BMI masing-masing.

BMI = [ Weight/(Height x Height) ] x 10 000

Weight in kg. and height in cm.

BMI Categories:

  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5-24.9
  • Overweight = 25-29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater
Yey !! My BMI is 19.1.Berat ideal tu. Jangan jeles yer cik gebu. :P. To Puan Mariza Azman, makan banyak-banyak yer. Pregnant 7 bulan pun boleh underweight lagi kaaaa????

Wednesday, July 05, 2006

Home Sweet Home

Tahun ini kami berdua bertekad untuk membeli rumah. Setelah bertahun mencari rumah, tapi tidak satu pun memikat hati. Bila jumpa rumah yg cantik tapi township tak best.Yang semua cukup tapi tak mampu pulak, harga mahal sangat. Yang penting sekali adalah dekat dengan masjid ataupun surau. Sebab nanti mak tak boring. Boleh beraktiviti kalau dekat dgn surau macam rumah sewa sekarang. Jenuh kami memujuk tuan rumah sewa sekarang untuk menjual rumahnya kepada kami. Tapi jawapan darinya tetap sama. "Tiada perancangan untuk menjual rumah itu sekarang,"ulang Encik Jailani berkali-kali. Huh...sampai bila mahu menunggu En Jailani menukar fikirannya. Harga rumah makin hari makin naik. Tidak mampu dimiliki nanti.

Antara rumah-rumah yang berjaya memasuki list kami adalah di sekitar bandar baru bangi dan puchong. Bandar Baru Bangi seksyen 3 tanah lombong pulak. Sama jugak macam rumah Putra Impiana, Puchong, pun tanah lombong. Kalau ditambak bertahun-tahun lamanya takpa la jugak. Ini baru je tambak tak sampai 10 tahun dah nak naik rumah. Nanti mula la, rumah mandap la, retak la..aduhhh. Kita ni nak beli rumah sekali je dlm seumur hidup. Lain la kalau tetiba jadi kaya raya..(aminnnnn...) hehehehhe. Last-last nak beli kat bandar baru bangi seksyen 8. Best gak la area tu. Bandar Baru Bangi mmg best. Bila dah tengok rumah contoh, alahai...finishing dia tak kemas betul. Tapi ingat tutup mata aje la. Lepas kitorang tengok rumah contoh tu, my 2nd brother datang la rumah. Kitorg pun story la kat dia nak beli rumah kat situ. Dia cakap, pegi la tengok rumah kat Bandar Seri Putra. Cantik-cantik. Finishing bagus betul. "Huh..jauh la situ", kataku. Si suami dah gelakkan aku sebab dah byk kali dia ajak tengok rumah kat Bandar Seri Putra tu. "Alaaa..jauh sikit takpe la ija, asal rumah selesa, hati pun lega", sambung abg pian ku lagi. Ermmm...

Petang tu terus kami bergegas ke sana. Rumah contohnya cantik betul. Aku tak tengok sangat la interior design dia, aku asyik membelek cara pasang tiles, cara pasang parquet.Siap masuk rumah-rumah yg dah siap dibina semata-mata nak tengok finishing dia. Ermm..menarik. Aku tanya rakan-rakan kerja yang dah beli rumah sekitar itu, ada problem tak dengan tangki ke..dengan wiring ker. Rata-rata berpuas hati dengan developer Bangi Heights under UM Land tu. Bandar Seri Putra tu township concept. So, akan dibina sek ren, sek men, balai bomba, balai polis, masjid disekitar taman tu. Perhentian Komuter pun dalam perbincangan. Erm..jangan janji tinggal janji sudah la. Finally, kami pun beliiii!!!! Alhamdulillah...syukur.


Project Name: D'Sentral Terrace 6B (24'x70')
Township: Bandar Seri Putra
City : Bangi
State : Selangor
Tenure : Freehold
Layout : 2017 sq. ft.
Est. Completed date : July 2007


Yang ini layout/floor plan rumah.Aku suka sebab dapur tertutup. Orang datang rumah tak nampak dapur terus bila masuk. Kena simpan duit la mulai sekarang. Banyak gile nak pakai duit kalau nak masuk rumah baru ni. So, kena stop shopping benda tak penting. Mia takde baju baru, and takde toys baru dah la yer. Hehehe..bole ke mama stop tak beli untuk Mia ni???? :P

Tuesday, July 04, 2006

Naughty Mia Sara

Mintak tolong Fatin amikkan 'surat wasiat' dr Telekom Malaysia. Sebab malas betul nak pegi menara tm tu. Jam dan parking susah betul. So, malam semalam, bawak mia sara and babah pegi rumah fatin dalam pukul 9pm. Afif (hero Fatin) tak tido lagi. Masuk je dalam rumah Fatin, Mia dah aim Afif punya toys. Mia dgn selamba buat macam toys sendiri. Tak malu betul anak mama. Mia naik kereta Afif. Bila Afif dtg dekat, dia tarik tangan Afif. Afif terjatuh. Afif nangis. Mia masa tu muka pucat jugak tengok Afif nangis. Mama marah mia sebab buat Afif. Mia nak kiss Afif kononnya nak say sorry la. Afif terus tak nak kawan dengan Mia. Sorry yer mama Afif sebab Mia naughty semalam.

I'm a good girl la mama. Sorry Afif. Mia tak buat lagi, ok.

Monday, May 29, 2006

Sedapnyer mama...

Macaroni Soup For Lunch

Bahan-Bahan
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Isi Ayam
  • Macaroni
  • Celery
  • Ubi Kentang
  • Cheese
Cara-cara
Masukkan bawang merah, bawang putih yang telah ditumbuk bersama dengan isi ayam. Bila dah kekuning-kuningan, masukkan air.Lepas tu ubi kentang. Bila ayam dan ubi kentang dah masak, masukkan macaroni dan sedikit cheese. Masukkan daun bawang dan daun sup.
Yeah, it's now ready for Mia Sara.


Sara : Mama, let me learn to feed myself.
Mama : Okey my dear.


Sara : I'm trying to use my hand la mama, susah la pakai sudu.
Mama : Please use your right hand Sara.


Sara : Ok then.
Mama : Good girl.

Sara : Macam ni lagi senang Mama.
Mama : @#$%^&@*!

To babah : That's your daughter! Please help me clean up all the mess....