Wednesday, January 07, 2009
Yeay..Pak Su ada isteri comel..
Tuesday, December 30, 2008
Hari Malang Si Comel
Wednesday, November 05, 2008
Doa untuk anak-anakku
” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezkinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh dan soleha, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”
Amin ya rabbal ‘Alamin
p/s: Please click on the image for a better view. Sorry for the Sara's selipar buruk. Her favorite selipar. Huh!
Monday, October 20, 2008
7 Mths Nadra
Tuesday, July 01, 2008
Mia Sara The Adventurous
1. Mandi
Mia akan amik swimming pool dia. Bukak air paip, isi dlm pool. Mia amik baby bath, tekan sampai nak habis satu botol buat bubble. Then, dia akan amik barney, rabbit, Ely ( Elephant) mandi sama-sama. Kalau ada towel tersangkut habis sume basah. Selagi tok mak tak naik atas, selagi tu dia mandi. Ada skali tu, dia tutup pintu bilik air, siap kunci. Jenuh la tok mak merayu bukak pintu. Takut kan dia dgn lizard ke, lipas ke. Dia buat tak tau jerkkk...huh. Bikin hati risau. Nanti dh puas mandi, dia kuar sendiri, lap badan sendiri, pilih baju sendiri, pakai sendiri. Sume nak wat sendiri. Kdg2 siang2 pakai baju tido. Ikut suka dia la nak pakai apa.
2. Minum susu
Mia mintak susu kat tok mak. Dari bawah nak naik atas tu, Mia akan titiskan susu dia kat setiap anak tangga. Habis melekit tangga2. Dah sampai atas, baru baring depan tv sambil minum susu ngan selamba nya. Tok mak la dok lap anak tangga tu. Satu pukulan akan singgah di bontot mia. Huh!! naughty gal.
3. Melukis/Mewarna
Mama beli set warna utk Mia and drawing paper utk dia conteng2. Mama balik dr keje, tgk krayon dah di patah-patah kan. Tinggal kaler pencil je sbb kuat nk dipatahkan. Itu je selamat. Kertas plak habis di ronyok2, konon2 berlakon lukis tak jadi, and then baling ke blakang. Ikut dlm barney, buat poem tak jadi, ronyok kertas, baling. Rumah tak tau nak cakap la kat ruang atas tu.
4. Makan biskut
Mia akan mintak tok mak letakkan biskut dlm tupperware kecik. Dia akan mkn bila nak la. Ada sekali tu, tok m ak letak byk gak. Tgk2 dah habis. Eh laju nya budak ni mkn. Tanya dia, dia makan ke. Dia cakap, Sara tak suka la biskut tu. Sara buang dalam toilet. Rupanya, dia buang sume biskut tiger/chipsmore dalam toilet and then flush. Grrrrrrrrr...
5. Angkat Tepon
Pantang tepon bunyi, mia akan angkat. Selalu tok tepeng la call dia. Kalau org lain, dia akan pok pek pok pek dulu, baru dia kasi kat tok mak. Kalau tok mak tgh solat ke, dia bgtau la kat org yg call tu. eheheheh...helooooo.
5. Tidoooo
Bila dah letih, baru dia tidoooooooooooooooo...
Tok mak cakap, Nadra je la tinggal ngan tok mak. Mia sara hantar gi school balik. Kekekekekeke..Bila Mia takde, tok mak plak sunyi.
Wednesday, June 11, 2008
Ceritera Susu
Seminggu lepas bersalin, baru nak mengurut. Sbbnya tak jumpa tukang urut. janji nak dtg asyik tak datang. Thanks to my friend Fatin sbb bagi contact no Makcik Tun yg best tu. Makcik tun datang urut lega la sikit. Makcik tun urut gak breast sikit2 utk lancarkan susu. Makcik tun cakap " Adik, murahnya rezeki kamu dik. Susu kamu banyak betul. Kamu pump byk2 simpan". Lepas 4 hari urut. Susu lagi la mencurah-curah. Masa tu pump dah 2 botol besar penuh. 18oz !!!! Bibik tgk pun terpegun. Sampai lembik t*t*k aku dibuatnya. Hahahaha...kadang2 aku buat aiskrim bandung kasi Mia Sara. Kalau kasi susu aku dlm botol, Mia Sara cakap susu dah basi la Mama. Hahaha..aku buat aiskrim bandung dia tak tau la dlm tu ada campur susu aku. Kihkihkihkih..
Dalam pantang, pagi2 akan mkn biskut jacobs cicah milo. Kadang2 makan coco crunch ngan susu. Tgh hari mkn nasi + ikan + sayur sawi/kailan + air masak. Sebelum nak tido malam, minum Bidadari. Kalau minum bidadari ni, malam misti basah bantal2 cadar2. Bau susu je la dlm pantang ni. Hhahaha..tp merana ooo. Tgh2 malam bgn kena pump lepas Nadra minum sbbnya tak tahan sakit tu. Sampai cari cara-cara mengurangkan susu sbb tak tahan asyik bengkak gile. Bubuh kobis la. kurangkan pumping session la. Tapi susu tetap camtu gak. Org ckp, dlm pantang la susu banyak, lepas tu nanti akan kurang sbb kita kerja, tak direct feeding. So susu cepat kurang. Bila baca forum ramai yg takde susu, baru la aku tak pk dah utk kurangkan susu. Dah masuk kije, setiap hari akan pump susu 2 kali. Kul 7am ngan 3pm. So kat opis sekali je la pump sbb mls nak bawak botol byk.
Sebenarnya, aku mmg tak buat apa2 pun utk banyakkan susu. Aku just pump, pump, and pump. Sampai spektra3 aku dah letih, dia mintak cuti sat. So, aku pakai balik manual avent aku yg dh lama berjasa sejak Mia Sara lagi. Spektra3 nk kena gi servis. Suction dia cam tak power. Ada ke aku pump dapat 3 oz je. Hangin aku ngan spektra3 tu. Baru je beli.Mujur ada warranty lagi.
So sekarang ni, aku just buat langkah2 utk memaintainkan susu ku. Time cuti pun aku akan pump jugak even Nadra minum direct. Tapi masalahnya, aku dah takde tempat nak simpan susu..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Sapa ada freezer nak jual ke, cakap aku. Takan la aku nak beli peti ais baru plak.
To fatin:
Ok gak tu fatin kalau pump susu dpt 3-4oz. Cukup utk Auni minum kan. Lepas ni nanti byk lagi tu. Tak sampai sebulan lagi kan. Keep on pumping je. Nanti dpt la 7-8oz plak. CUba cari longan kering, rebus buat air. Gerenti susu mencurah2. Selamat mencuba!
Miera;
Camna? dah try ke longan. Nanti result dia cite kat ija ek. hehehehe..kalau tak larat nak pump soh sutan pump kan... :D
Saturday, June 07, 2008
Susu Oh Susu
Lihatlah susu hasil dr aktiviti pumpingku selama 3 bulan. Stok sudah cukup utk Nadra fully on EBM atleast 6 months. Peti ais dah penuh. Kalau bukak je freezer, silap langkah, jatuh sume susu. Hahahahaha.. rezeki murah kali ni. Tak yah beli susu formula. Susu formula mahal gile skang untuk budak 1 thn ke bawah. Agak2, boleh tak Nadra EBM sampai 2 tahun. Kuat ke agaknya nak pam susu sampai 2 thn ek. Tapi pump susu ni leh kurus. Tak yah pegi slimming centre. Rasa cam nak beli dedicated freezer utk susu Nadra ni. Kalau dedicated freezer susu tahan sampai 6 bulan. Kalau freezer biasa tu bole tahan 3 bulan. Sehari 2 kali je pump, bole la dpt 30oz. Huhuhu..alhamdulillah. Dulu time Mia Sara, takde la byk cam gini. Ini terlebih-lebih, siap pokok kat rumah pun hidup subur kena siram ngan susu ibu. :D
Semoga anak ke 3 nanti byk susu gak. InsyaAllah...
Thursday, June 05, 2008
Dhia Nadra Irwansafarizal
DOB : 04/03/08, 2.29 am.
Venue : Hospital Pakar Annur
Weight : 3.15kg
Blood : O+
Type of delivery : Normal with Vacuum Extraction
Best tul deliverkan Nadra ni. hehehe..tak sakit sbb gatal amik epidural. Sebabnya, doktor nak bagi induce kuat punya kasi cepat bukak sebab Nadra dah sakit perut sampai terberak dalam perut mama. Water bag pecah kat rumah time nak solat maghrib. Tengok2 warna kuning. fuhh..kecut gile. Terus gi hospital la. Sampai je kasi tau nurse suruh inform doktor cecepat sbb takut baby lemas ngan poo poo nya. Nurse selamba je. Geram gile. Midwive check baru bukak 2cm. Tapi mmg tak sakit pun masa tu. Dulu time Mia Sara mmg doktor yg pecahkan waterbag. Anak2 ni lain2 caranya. Sampai hospital kul 8 pm. Nak tau doktor dtg tgk kul brapa??? huh..10.30 pm. Doktor dtg tgk terus cakap..Ohh my goodness, your waterbag warna kuning nih. Baby dah berak ni. Duhh..aku dah inform nurse dah soh ckp kat doc. Dah la CTG machine tu tak cukup. Asyik berkongsi-kongsi. Ramai tul nak beranak malam tu. Doc ckp, if heartbeat baby low, we have to do cesarian. OMG, taknakkkkkkkkkkkkkk. Cek2 tgk heart beat bb ok. Doktor bagi few hours je la kalau bukak lmbt takut bb lemas kat dalam. So, apa lagi, doktor induce le pitocin, aku pun mitak le epidural. So dgn releks nya aku tunggu pelvik tu bukak 10cm. Kul 12am, dok 2cm lagi. Sbbnya pitocin tu cam tak jalan. Huh..tension aku. Byk tul dugaan. Byk dosa kat suami la ni. hehehe.. tp dah mintak ampun dah time nak branak. Lepas baring mengiring ke kiri, sambil chit chat ngan doktor pakar bius, tgk2 dah 10cm. Doktor Fatimah dtg soh try push. Aku gelak je la. Tak sakit camna nk push. Heart beat bb pun dah tak stable time tu. DOktor tak tunggu lama la, terus vacuum sekali, terus kuar Nadra. Kuatnya Nadra ni jerit. huh..Kuar2 dah bersih2, dah qamatkan, terus dia nak susu. Dia latch macam dah experince hisap nenen jerk. Anak2 zaman sekarang. Dah mkn mcm2 jenis vitamin. Tak yah nak ajar, tau je dia nk wat apa. Tapi mmg best la deliver tak sakit. HUHUHUHUHU..
Tuesday, July 10, 2007
Friday, May 18, 2007
Hoyeeeeehhhhhh!!!!
Sume bergu wanita ada 4 team.
1. Aniza & Haniza
2. Aini & Maizan
3. Mai & Zarina
4. Izleen & Rita
Yang paling fight sekali lawan ngan Izleen & Rita. Sebab masa 1st game, kitorg menang mudah je. 2nd game tu diorg fight la pulak. Kitorg ni over confident la time tu. ahhaha..mujur menang jugak. Kehkehkehkeh..
Lepas ni kitorang nak lawan bowling pulak. Caiyokkkk...
Thursday, May 17, 2007
Yeah...I did it !!
Yey!!Finally, Mia Sara completely weaned at 2 years old. I started weaning slowly around 18 months, by dropping a feeding out every few days until midnight feeding was the last one left.Paling susah nak stop was the feeding right before going to bed. Adoii la..sampai bergaduh-gaduh la ngan si kecik ni. Hehehhe...sian dia. Tapi dah stop ni rasa cam tak best plak. Sedih pun ada. Tapi nak wat camna kan..i have to...hukhuk..
Memula start stopkan nyusu lepas balik dari opis. Selalu, sampai je rumah, baru je duduk..mia dah mengendeng nenen. Tak sempat nak wat aper pun. Dia dah sambar mama dia. Lepas lepaskan gian, dia misti happy punya. Taktik mama nak stopkan nursing time ni, mama balik lambat. Dulu 530pm dah cabut. Tima nak stopkan nursing ni, mama balik lambat sikit, sampai rumah dalam kul 7 gitu. Sampai je rumah tak duduk-duduk, terus masuk bilik..mandiii. Mia pun mandi sekali la. So lama-lama dia lupa nenen, dia ingat nak mandi jerk. hehehe..so tinggal nak stop nursing right before sleep dgn midnight feeding.
Yang susah nye nak stop nursing sebelum masuk tido. Aduhh...berperang ngan si kecik ni. Nangis teresak-esak kalau tak kasi. Kesian kan. Tapi selalu tewas la bila dia buat muka kesian, muka simpati. Misti kasi jugak. Lepas tu misti terus tido. So, kena buat explaination la kat dia kenapa dia tak leh nenen. Mama cakap, Sara dah big girl. Dah 2 year old. Cannot nenen anymore. Shame-shame la..Nenen is for adik nanti. Takpe..mama tepuk ok..so that sara can sleep. So, now every night dia nak tepuk la. Nanti yg tukang tepuk tido dulu. Hahahaha..
One more to go. hehe..the midnight feeding. Time ni, kalau dia terjaga nak nenen, mama sumbat ngan botol susu.Pediasure ni tahan lama susu dia. Dia lambat basi. So, babah akan buat susu sblm babah tido. So nanti mama sumbat je kat Sara. Midnight senang sikit nk stop. Kejap je dia dah stop nursing midnight.Tp kadang-kadang tu ada je tgn si kecik ni meraba masuk dlm baju mama. Hahaha..kelakar.Pastu, lately, dia tak bgn langsung dah untuk susu.Meraba pun tak dah. Tido dr malam sampai pagi. Mama leh tido dgn jayanya. Mama puas hati dapat nursing Sara sampai 2 thn.
Ya Allah, jadikan lah anakku Mia Sara anak yang solehah. Tetapkan lah imannya kepadamu dan rasulmu. Kurniakan lah dia, akal yang bijak dan pandai, cerdik dan cerdas.Cantikkan lah paras rupanya begitu jugak dgn akhlaknya. Panjangkan lah umurnya. Berilah dia kesihatan yang sempurna dan murahkan lah rezekinya.Amin...
Tuesday, March 06, 2007
6 Weird Things About Me..
Ok..ok..6 weird things about me :-
1. Aku ni suka dan cepat betul risau. Selalu fikir yg bukan-bukan. Kalau setiap kali hubby pegi kerja, 30 minit lepas tu misti akan call dia. Tanya dah sampai ke belum. Risau naik motor tu. Kalau time merajuk ke ngan hubby, risau-risau jugak. Tapi buat missed call je. Dia angkat, dah dgr suara dia, terus letak. Tu time merajuk la. Hahaha..
2. Paling menyampah kalau orang moody ni. Kadang-kadang, bukan kita ada salah dengan dia. Tetiba tak bercakap. Buat muka seposen. Memang tak leh tahan punya. Mood kita pun terus spoil nanti. Setengah org boleh buat tak tau je dekat org mcm ni.
3. Kalau nak beli barang yang terbekenan di hati, punya la berhari-hari pikir. Kadang-kadang bila dah betul-betul nak beli, dah habis. Padan muka aku. :P
4. Sebelum tido misti kena gosok gigi, basuh muka dan kaki. Kalau tak memang tak boleh lena.
5. Tak suka pakai cermin mata walau pun diri sebenarnya rabun. Sanggup berabun. Contact lense tetiba jadi sensitif plak kat mata. So sesiapa yg nampak Ija tapi Ija buat tak tau jer...maknanya ija tak nampak la tuh.
6. Kalau tido malam, tetiba terjaga, misti bersin tak berhenti-henti. Kalau tak terjaga malam, tak bersin la pulak.
7. Eh..6 jer kan.. hahahahaha...
Okey miera and mai. Ija dah buat dah.
Nasib Seekor Toyol
Jika tuan aku inginkan wang, dia akan mengarahkan aku mencuri di rumah jiran sekampung ataupun jiran kampung sebelah. Biasanya, aku tak curi kesemua wang. Aku hanya mencuri sebahagian sahaja. Kesian lak aku tengok mangsa aku kalau aku ambil semua. Mereka nak makan apa nanti kan. So, aku ambil sedikit je la.
Dengan berkat ketekunan aku mencuri, tuan aku akan hidup kaya raya dan dilimpahi wang yang banyak. Tuan aku hanya perlu berikan sedikit darah dari ibu jari kakinya sahaja. Tak lebih dari itu.
Tapi itu dulu. Sekarang, kerja aku bukan lagi mencuri wang. Aku sendiri pun tak tahu apa job skop aku sekarang. Nak kata mencuri wang, tuan aku tak pernahpun suruh aku mencuri wang seperti dulu lagi. Nak kata suruh merasuk orang, pun sama. Aku tak pernah pun disuruh rasuk ataupun takutkan budak-budak yang balik dari mengaji. Tuan aku seperti tidak menghiraukan aku lagi. Tapi aku tau, dia masih perlukan aku seperti dulu. Bezanya....

Aku kini hanyalah digunakan jika tuan aku nak buat call awek die je. Aku kena ikut kemana dia pergi, tak kira dalam lrt ke, dalam jamban ke, dalam lif ke.. semuanya aku kena ikut hatta kedalam hutan sekalipun. Jika aku dulu diberi minum darah, kini aku hanya diberi kad topup sahaja. uhuk uhuk uhuk... apa la nasibku sebagai seekor toyol kuning.
Friday, February 16, 2007
Mathematics
Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy
OFFICE ARITHMETIC
Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime
SHOPPING MATH
A man will pay $2 for a $1 item he needs.
A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need.
GENERAL EQUATIONS & STATISTICS
A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.
HAPPINESS
To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.
To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.
LONGEVITY
Married men live longer than single men do, but married men are a lot more willing to die.
PROPENSITY TO CHANGE
A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.
A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.
DISCUSSION TECHNIQUE
A woman has the last word in any argument.
Anything a man says after that is the beginning of a new argument.
HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED
Old aunts used to come up to me at weddings, poking me in the ribs and cackling, telling me, "You're next." They stopped after I started doing the same thing to them at funerals.
Tuesday, January 30, 2007
ABC, 123, Satu Dua Tiga, Buai Laju-Laju
P/s: Gelap sedikit video ni. Susah betul nak amik mood dia. Kalau time kita tak nak record, bukan main lagi dok nyanyi. Time nak record, susah tul.Tak habis la video ni, dropshots ni tak upload sume. ciss..ciss..
Friday, December 22, 2006
I can build up a tower!!
At 19 Months,1. I can build up a tower.
2. I can wear my pants without help.
3. I can say my name. ' Miya Cara'.
4. I can talk in sentence. Eg : Mama, nak asik (nasik), Nak oti(roti), nak uahh(buah), Nak ipmore (chipsmore).
5. Kalau mama tanya, hari ni Sara buat apa? Nanti dia jawab, ' main nan tatak, main nan yana, main nan alippp.. ( main ngan kakak, main ngan yana, main ngan alif) - Tapi itu aje la jawapan dia setiap kali di tanya. Hehehe..
6. Everytime lepas mandi ke, Mia akan sendiri masukkan baju kotor dia dalam basket, dan buang pampers dlm dustbin.
7. Belajar lipat kain ngan tok mak.
8. Dah kenal A,B dan C.
Mia Sara : yeyyy!! pandaiiii...
Monday, December 18, 2006
Ini dia girlfren abg!!
Tuesday, December 12, 2006
Abg ada awek???
Wednesday, November 29, 2006
Jom Soping!!!
Sampai Sogo dah nak kat kul 11.30. Jam sikit bila dah tgh2 KL tu. Dah la lama tak drive. Aduhh..skill dah kurang. Takpe, lepas ni kena drive tetiap hari sebab babah will move to another company soon.
Dah dalam sogo tu, memula kitorang dok belek2 kasut. Habis semua kasut singgah kat kaki. Tapi beli nya idak. Keh..keh..keh. Kasut siap dah sampai kat tempat kaunter nak byr, alih-alih gebu buat bodo jer lepas tu. Hahahaha...kesian promoter tuh.
Habis kat tempat kasut, kitorang naik tingkat 5 sebab ada sale. Huh..tak best la. Pehtu turun la balik tingkat women's dept. Kat area ni jer 3 jam kitorang dok tawaf. Baju-baju yg tak penah lekat kat badan, kitorang syok-syok try. Dah la fitting room dia besar, tiga-tiga orang masuk sekali. Padahal yang nak try nya sorang je. Yang 2 orang lagi merangkap consultant. Pok pek pok pek dalam fitting room. Sebab tak ramai orang kan, tu yang best tu. Mula-mula cari baju untuk ija(mariza) untuk dinner TM Net nanti. Hasil hasutan aku & gebu, berjaya la dia membeli baju yg berharga 100++. Lepas tu cari untuk gebu lak. Cantik betul dress hitam untuk gebu tu, tapi dia tak nak beli sebab rugi boleh pakai sekali je. Ish, kalau gebu pakai misti bulat mata lelaki-lelaki kabaret kat sini. Hehehe..
After dah jumpa baju memasing, nak pi carik tudung pulak dah. Sebelum tu kitorg lunch dulu kat fish manhattan. Dah la memasing cuti-cuti malaysia, so tak yah solat ler. hehehe..
Lepas lunch dalam kul 430 tu, baru la terkedek-kedek ke Jalan TAR nak carik tudung. Baju aku le paling susah nak jumpa tudung. Kul 530 baru jumpa. Sempat lagi gado ngan mamat pakistan sebab aku tak jadi nak beli tudung dia. Ada sorang kakak ni plak, dah la pregnant tapi sombong nak mampus. Nak berniaga ke tak aku pun tak paham. Meroyan ngan laki kot. Huh..!
Dah penat giler jalan sampai dah terjelepuk si gebu sebab sakit kaki. Bertuah pi pakai heels buat apa. Aku ngan selipar buruk jalan tak hingat lerr. Nak drive balik ngan lemah ni sebab dah jam area tu. So, aku hantar gebu dulu, pehtu antar ija kat RND and terus balik rumah. Sampai rumah si kenit dah menunggu. Mama..mama...atashhh...( nak naik atas ). Dia nak nenen. Lepas tu terus tertido. Boleh la mama ni berehat. hehehehe...
Kawan-kawan, nanti kita buat projek lagi yer. Hehehehe...

